5 Aplikasi Edit Video Terbaik Android

3 4,423

Saya kerap buat video dari smartphone untuk upload ke dalam Facebook Pages untuk tujuan promosi produk . Jadi, saya perlu kan aplikasi edit video yang memudahkan , banyak fungsi serta kapasiti apps yang tidak terlalu besar .

 

Setelah banyak kali install, cuba dan uninstall balik , ini adalah 5 Aplikasi Edit Video Terbaik Android 2018 yang saya dah cuba dan memberikan hasil yang saya inginkan.. Mungkin tidak 100% sempurna, tapi agak memuaskan … Lagi pun mudah sebab edit dari smartphone saja… Tak perlu nak buka PC atau Laptop untuk edit video anda.

Yang penting  , 5 apps ini adalah PERCUMA .

Cuma jika anda nak lebih fungsi lain, anda perlu upgrade aplikasi tersebut dari versi Percuma ke versi Pro / Premium. Akan ada bayaran langganan untuk versi Pro/ Premium yer.. Jika anda sangat perlu kan, anda boleh upgrade. Jika tidak, hanya perlu terus guna kan versi PERCUMA tersebut mengikut kreativiti anda.

 

5 Aplikasi Edit Video Terbaik Android 2018

 

  1. FilmoraGo – Free Video Editor by Wondershare Software (H.K) Co. Ltd

Kelebihan aplikasi FilmoraGo ini adalah :

  • Boleh mix (campur @ combine) antara gambar dan video. Dalam video, anda boleh masukkan gambar seperti info , spesifikasi produk, gambar pasangan atau apa-apa gambar untuk tambah nilai video anda
  • Ada templete tema video yang boleh di pilih mengikut kesesuai isi kandungan video anda
  • Anda boleh masukkan bunyi yang di sedia kan oleh pihak FilmoraGo atau masukkan lagu dari smartphone anda. Ini akan membuatkan video anda lebih wow dan tidak bosan di tonton.
  • Anda boleh export video yang anda buat kepada format untuk Instagram atau Youtube @ Facebook .
  • Ada banyak tools yang anda boleh gunakan seperti Reverse Play , Slow/Fast Duration dan sebagai nya
  • Anda boleh export video dalam kualiti High Defination (HD)

Ada banyak lagi kelebihan untuk aplikasi FilmoraGo ini. Ia nya PERCUMA.

Rating Pengguna : 4.4 / 5

Muat Turun Di Sini  : FilmoraGo

 

 

2. PowerDirector Video Editor App: 4K, Slow Mo & More by Cyberlink 

Saya secara peibadi menggunakan aplikasi Power Director ini .Saya sangat suka kan aplikasi ini kerana, saya boleh hasilkan video secara menegak (ratio 9:16) . Sebab kebanyakkan aplikasi lain, hanya memberikan pilihan untuk video secara melintang (16:9) untuk menyokong format untuk YouTube dan sebagai nya.

Kelebihan untuk video secara menegak ini adalah, ia memberikan paparan lebih luas semasa di lihat melalui Facebook. Perasan tak yang kita lebih gemar layari aplikasi Facebook dengan paparan menegak.

Kelebihan lain lebih kurang sama dengan aplikasi lain. Ia menawarkan ciri-citi edit video seperti masukkan gambar dalam video, masukkan lagu/bunyi dalam video, photo editor seperi video trim ,crop video, split , rotate dan banyak lagi . Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk hasilkan kualiti dalam format 720p, Full HD 1080p & 4K .

Rating Pengguna : 4.5 / 5

Muat Turun Di Sini  : PowerDirector

 

 

3. VivaVideo – Video Editor & Photo Video Maker by QuVideo Inc

Dengan lebih 400 Juta pengguna, aplikasi Viva Video ini adalah aplikasi percuma yang di kata baik dari keseluruhan nya . Anda boleh menghasilkan video anda mengguna kan tema, sticker, fonts dan bunyi yang boleh di berikan secara percuma .

Antara kelebihan untuk aplikasi Viva Video ini adalah :

  • Slideshow Maker – anda boleh hasilkan video berasakan slideshow. Anda boleh convert gambar statik anda kepada video dengan menggunakan gambar-gambar lain
  • Video Editing Tools – Seperti aplikasi lain, anda boleh edit video anda dengan video trim, cut, copy,merge dan lain-lain lagi. Ia memudahkan anda dalam proses edit video anda
  • Video Editing Effects – Anda boleh guna lebih dari 1000 efek dalam aplikasi ini seperti background blur,video speed adjustment (fast / slow) , GIF dan banyak lagi bagi memberikan hasil video yang terbaik untuk anda.

 

Rating Pengguna : 4.6 / 5

Muat Turun Di Sini  :Viva Video

 

 

4. KineMaster – Pro Video Editor by NexStreaming Corp.

Kine Master juga antara salah satu aplikasi yang menarik untuk anda edit video melalui smartphone anda. Anda boleh masukkan gambar, tulisan, lagu serta tulisan tangan anda semasa edit video bagi mendapatkan kesan & hasil yang terbaik .

Antara kelebihan Kine Master ini adalah :

  • Multi Layer untuk video, text , gambar, kesan efek sticker serta tulisan tangan (handwriting)
  • Anda boleh muat turun serta guna kan free royalty sound / music, sticker dan banyak lagi
  • Boleh terus review video anda sepanjang proses edit
  • Anda boleh edit video untuk kesan blur dan beberapa efek yang lain
  • Anda boleh mengawal kelajuan video anda sama ada untuk laju kan atau perlahankan pada detik-detik yang anda nak highlight
  • Boleh share video anda terus ke YouTube, Facebook, Google + dan lain-lain media sosial kegemaran anda.
  • Banyak lagi…..

Rating Pengguna : 4.4 / 5

Muat Turun Di Sini  :Kine Master

 

 

5. Quik – Free Video Editor for photos, clips, music by Go Pro

Aplikasi ini di bangunkan oleh pihak GoPro yang terkenal dalam penghasilan kamera aksi (action camera) terbaik di pasaran . Jadi, mereka menghasilkan satu aplikasi edit video yang meyokong setiap video yang di ambil dari kamera Go Pro, smartphone atau lain-lain gajet yang boleh merakam video.

Antara kelebihan aplikasi ini adalah :

  • Anda boleh masukkan gambar sehingga 75 keping dari Gallery , Album, Google Photo, Dropbox dan lain-lain ke aplikasi ini.
  • Anda boleh pilih dan gunakan dari 23 jenis style video bagi memberikan video yang terbaik untuk anda
  • Anda boleh masukkan tulisan, font, trim video, tukar video format ke format Instagram dan lain-lainlagi
  • Anda boleh gunakan hampir 80 jenis sound clip
  • Video kualiti seperti 720p atau 1080p
  • dan banyak lagi…

Rating Pengguna : 4.7 / 5

Muat Turun Di Sini  :Quik by GoPro

 

Ini adalah 5 aplikasi edit video terbaik android yang saya guna kan dalam menghasilkan video sama ada untuk produk atau video personal yang di upload ke Instagram .

Antara tips untuk pilih aplikasi edit video terbaik android yang mana lebih baik & sesuai untuk anda adalah dengan :

  1. Anda sediakan atau rakam satu video pendek dalam 10-20 saat
  2. Download mana-mana aplikasi yang anda rasa sesuai untuk anda . Biasa nya dalam Google Play, ia nya adalah Percuma
  3. Cuba edit video yang anda ambil tadi menggunakan aplikasi tersebut
  4. Tengok hasil dan tengok mana yang lebih mudah untuk anda edit video anda
  5. Ulang proses di atas sampai anda jumpa aplikasi edit video terbaik android yang paling sesuai untuk anda

 

Semua aplikasi di atas adalah untuk smartphone jenis Android sahaja. Untuk iOS pula, mungkin jenis yang sama, cuma berbeza dari segi internal features sahaja. Doakan saya dapat guna iPhone suatu hari nanti, selepas tu saya akan buat review aplikasi edit video untuk IOS pula.. 🙂

Jika anda ada aplikasi edit video terbaik android yang lain dan anda rasa ia lebih baik serta mudah nak guna, jom kongsikan nama aplikasi tersebut dalam ruangan komen di bawah.

 

Opss.. ada butang share ke media sosial anda.. Jom kongsikan..Tekan jer share.. 🙂

3 Comments
  1. Ksjb says

    Saya tak pernah guna lima apps tu. Insha Allah ada masa nanti nak test apps tu untuk edit video.

  2. Khairul Zamri says

    Terima kasih share boleh cuba nanti sekarang banyak juga gambar belum proses ni

    1. MdAzlan says

      Sama-sama. Harap bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.