4 Jenis Nombor Tracking Pos Laju
Ada 4 jenis nombor tracking Pos Laju yang patut anda tahu bila berurusan dengan Pos Malaysia. Kenapa perlu tahu 4 jenis nombor tracking Pos Laju ini ? Ini kerana, supaya senang anda nak tahu tempoh masa parcel yang akan anda terima selepas parcel di pos dari sesebuah tempat.
Ada beza tau tempoh penghantaran antara satu-satu no tracking Pos Laju tersebut. Ada yang 1-2 hari waktu bekerja, malah ada yang sampai 4 hari waktu bekerja. Ini perbezaan antara nombor tersebut ya.
4 Jenis Nombor Tracking Pos Laju Yang Patut Anda Tahu
- Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan EHAxxxxxxxMY
Untuk nombor tracking pos laju yang bermula dengan huruf EHAxxxMY , ini adalah tracking untuk pengeposan biasa melalui Pos Laju yang mana anda perlu berurusan dengan petugas di kaunter.
- Kurier : Pos Laju
- Jenis Bayaran : Timbang Berat manual / serahan terus di kaunter
- Bayaran : Ikut berat parcel . Lagi berat / saiz besar , lagi mahal. Terus bayar di kaunter Pos Laju.
- Kegunaan : Sesuai untuk di gunakan untuk semua jenis parcel sama ada kecil atau besar .
- Syarat Penghantaran : Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
- Tempoh serahan : Anggaran 1-2 hari waktu berkerja *
2. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan PLxxxxxxx
Untuk nombor tracking Pos Laju yang bermula dengan huruf PLxxxxx, nombor ini adalah jenis registered akaun yang akan di gunakan melalui platform e-commerce Shopee. Nombor tracking dari pangkal PL ini mula di gunakan oleh Shopee bermula sekitar dari Julai 2020. Ini adalah bagi membeza kan nombor tracking berbanding penyedia kurier yang lain seperti Delyva / Easyparcel dan lain-lain.
- Kurier : Pos Laju
- Jenis Bayaran : PERCUMA dari shopee
- Bayaran : Harga mengikut dari Shopee.
- Kegunaan : Sesuai untuk semua jenis parcel terutama yang parcel saiz kecil
- Syarat Penghantaran : Sama. Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
- Tempoh serahan : Anggaran 1-2 hari waktu berkerja.
- Platform : SHOPEE
3. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan CDxxxxxxxMY
Untuk nombor tracking Pos Malaysia yang bermula dengan hurf CDxxxMY, ini adalah jenis penghantaran domestik. Parcel dari kongsinment ini di katergori kan sebagai tidak urgent. Jadi, ia akan ambil masa lebih panjang untuk sampai ke destinasi berbanding Pos Laju.
- Kurier : Pos Laju
- Jenis Bayaran : Bayaran manual di kaunter Pos Laju. Serahan terus ke petugas kaunter.
- Bayaran : Kelebihan adalah kos nya lebih murah berbanding tracking biasa.
- Kegunaan : Sesuai untuk di gunakan untuk semua jenis parcel besar / berat / penghantaran dari Semenanjung ke Sabah Sarawak. Ia lebih murah dan jimatkan kos anda.
- Syarat Penghantaran : Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
- Tempoh serahan : Anggaran 3-5 hari waktu berkerja.*
4. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan EXxxxxxxxMY
Penerangan penuh untuk Pos Laju Prepaid sticker :- Baca sini >> Cara Pos dan Jimat Harga Pos Laju
Untuk nombor tracking Pos Malaysia yang bermula dengan hurf EXxxxMY, ini adalah jenis penghantaran sama seperti Pos Laju biasa. Cuma ia sangat jarang di gunakan kerana tak ramai tahu. Dengan sticker prepaid ini, kos nya lebih murah berbanding pos laju biasa ( no.1 )
- Kurier : Pos Laju
- Jenis Bayaran : Perlu beli dahulu sticker ini di kaunter Pos Laju. Serahan terus ke petugas kaunter.
- Bayaran : Kelebihan adalah kos nya lebih murah berbanding tracking biasa.
- Kegunaan : Sesuai untuk di gunakan untuk semua jenis parcel besar / berat / penghantaran dari Semenanjung ke Sabah Sarawak. Ia lebih murah dan jimatkan kos anda.
- Syarat Penghantaran : Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
- Tempoh serahan : Anggaran 1-3 hari waktu berkerja.*
** Anggaran tempoh serahan yang di nyatakan mungkin berbeza mengikut kawasan serta serahan hanya akan di lakukan pada hari bekerja biasa sahaja.
Jadi, kini anda dah tahu jenis-jenis nombor tracking Pos Laju yang biasa di gunakan untuk penghantaran parcel ke seluruh Malaysia. Anda sudah boleh agak berapa hari parcel anda akan sampai ke alamat anda.
Untuk nombor tracking untuk kurier lain seperti Skynet, GDex, JnT dan lain-lain , kami akan dapatkan info yang lebih detail dan tepat.
Kenapa sy beli brg dpt no tracking tu..tp bila check dh delivered tahun lps pya..tp bila tya pnjual dia ckp history lps..nt poslaju akn update..dh msok 2ari dh knapa check naik bnda yg sma jgk.
Maybe ada nombor tracking yang recycle sudah.
Cik perlu email kan details ke Pos Laju untuk semakan lebih lanjut.
Terima kasih,
Sy order brg dan no. Tracking bermula dgn kod LG.. Adakah LG jga salah satu kod number tracking pos laju..?
Jika tidak silap, itu adalah no tracking untuk Pos Express.
Boleh sy tahu tak mcm mana nk trace parcel yg depan dia MY
Boleh track dari website tracker seperti tracking.my
saya dapat no. tracking bermula dgn FE. FE itu dari pos laju juga ke?
Yes. salah satu dari tracking pos
nak tanya, kalua no tracking tu mula dengan MY?
Setahu saya, ia adalah no tracking yang di gunakan untuk penghantaran dari luar negara. Contoh nya anda order item dari Shopee yang seller nya adalah dari China, dan biasa nya adaMY di depan nombor traking.
kalau bermula dgn PL? ade tak?
Jangan risau. Ia adalah nombor tracking terbaharu dari Shopee.Jika order di Shopee dan guna Pos Laju sebagai kurier, nombor tracking akan bermula dengan PLxxx .. Ia baru sahaja di aktifkan oleh Shopee dalam bulan July 2020.
Tq komen anda.
hi, number tracking sya kesemuanya nombor, adakah poslaju menggunakan number tracking tanpa huruf? atau ianya bukan dari poslaju.. cth tracking 26**********807 kesemuanya 14 nombor
Tidak. kebiasaan nya, Pos Laju akan start dengan huruf di depan nya.
Kalau no.tracking bermula ERC pula? Pos laju juga ke?
Yes Pos Laju..Nombor yang baru.. sebelum ni ERB..sekarang dah ERC..
kalau no tracking EP ? post laju jugak ke
Yes. Pos Laju
Barang apa kalau tracking no bermula dr kkm plak sy baru terima ni
Boleh dapatkan no tracking tersebut.
Saya tak pasti berkenaan barang kkm
biasa kalau saller dah pos pagi semalam poslaju dah gerak dahke ? saya cek no tracking no found la macam mana ye ?
Normally, system akan lambat update atau kurier belum scan item tersebut. Check dalam tempoh 24Jam selepas item di pos.
kalau code PL pos laju punya tracking number jugak ka
Jangan risau. Ia adalah nombor tracking terbaharu dari Shopee.Jika order di Shopee dan guna Pos Laju sebagai kurier, nombor tracking akan bermula dengan PLxxx .. Ia baru sahaja di aktifkan oleh Shopee dalam bulan July 2020.
Tq komen anda.
Kenapa saya punya no tracking Start PL?
Jangan risau. Ia adalah nombor tracking terbaharu dari Shopee.Jika order di Shopee dan guna Pos Laju sebagai kurier, nombor tracking akan bermula dengan PLxxx .. Ia baru sahaja di aktifkan oleh Shopee dalam bulan July 2020.
Tq komen anda.
Kenapa pos tracking start dati PL tidak dapat ditrace menggunakan track and trace?
PL adalah no baharu untuk under di Shopee .. mungkin ada masalah system di track n Trace..
atau cik boleh terus guna lama web pos laju untuk semak.
maaf mencelah. kalau EN pula bagaimana?
Mungkin sender menggunakan pos domestik / borang lama.
Maaf saya ingin bertanya kalau bermula dengan ENB bagaimana pula tuan?
Maaf, saya kurang pasti. Saya semak dahulu dan update jika da info mengenai tracking ni. TQ
Saya dapat no tracking ERC, tp kenapa bila saya check yg keluar Not Found Wlupun tarikh di kirim tu 2hb. Nov. lagi….
Boleh jadi, nombor tracking tu salah. Contact seller cik semula untuk confirm kan . Normallay, ERC masih valid, Saya pun masih gunakan ERC untuk barang customer saya.
Saya semak tp keluar history bulan lepas.
Jika brg cik baru lagi, mungkin ada pertindihan nombor tracking.
Minta check semual dengan seller nombor yang betul. Jika seller beri nombor yang betul,hubungi pihak kurier terbabit untuk maklumat lebih lanjut.
Sepatutn nya, masalah ini tak boleh berlaku sebab akan mengelirukan pengguna.
Kalau no bermula”EHE”
Tak silap saya, ini nombor berkaitan Pos Malaysia.
Tapi mohon saya semak dahulu. Tq
kalau takde kod dpn dia mcm mana ya? seller kata dia pkai apps..
Boleh share detail number nya ?
Sbb kebiasaan nya ada kod depan dia.
Thanks
Kalau pos laju dari Kelantan ke Terengganu, memang kena singgah Kuantan dulu ya?
Kuantan adalah Hub untuk kawasan Pantai Timur.. namun mungkin mereka hantar semua ke hub dahulu, dan baru di distribute ke kawasan Kelantan / Terengganu.
Bang nk tanya,kalau dh post lebih dari 5 hari tapi no. tracking check xde langsung dan parcel xde smpai pun..nak buat mcm mana tu ye bang? bila tanya pejabat pos diorang ckp nnti mungkin besok smpai tpi bila tgok besok xde smpai pun dah dua hari lepas tanya pejabat pos tpi smpai harini xde barang smpai pun..mcm mana ya bang?