4 Jenis Nombor Tracking Pos Laju

43 54,578

Ada 4 jenis nombor tracking Pos Laju yang patut anda tahu bila berurusan dengan Pos Malaysia. Kenapa perlu tahu 4 jenis nombor tracking Pos Laju ini ? Ini kerana, supaya senang anda nak tahu tempoh masa parcel yang akan anda terima selepas parcel di pos dari sesebuah tempat.

Ada beza tau tempoh penghantaran antara satu-satu no tracking Pos Laju tersebut. Ada yang 1-2 hari waktu bekerja, malah ada yang sampai 4 hari waktu bekerja. Ini perbezaan antara nombor tersebut ya.

 

4 Jenis Nombor Tracking Pos Laju Yang Patut Anda Tahu

  1. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan EHAxxxxxxxMY

Jenis Nombor Tracking Pos Laju Timbang Biasa

Untuk nombor tracking pos laju yang bermula dengan huruf EHAxxxMY , ini adalah tracking untuk pengeposan biasa melalui Pos Laju yang mana anda perlu berurusan dengan petugas di kaunter.

  • Kurier : Pos Laju 
  • Jenis Bayaran : Timbang Berat manual / serahan terus di kaunter
  • Bayaran : Ikut berat parcel . Lagi berat / saiz besar , lagi mahal. Terus bayar di kaunter Pos Laju.
  • Kegunaan : Sesuai untuk di gunakan untuk semua jenis parcel sama ada kecil atau besar .
  • Syarat Penghantaran : Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
  • Tempoh serahan : Anggaran 1-2 hari waktu berkerja *

 

2. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan PLxxxxxxx

 

Pos Laju Tracking Shopee Malaysia 2020Untuk nombor tracking Pos Laju yang bermula dengan huruf PLxxxxx, nombor ini adalah jenis registered akaun yang akan di gunakan melalui platform e-commerce  Shopee. Nombor tracking dari pangkal PL ini mula di gunakan oleh Shopee bermula sekitar dari Julai 2020. Ini adalah bagi membeza kan nombor tracking berbanding penyedia kurier yang lain seperti Delyva / Easyparcel dan lain-lain. 

  • Kurier : Pos Laju 
  • Jenis Bayaran : PERCUMA dari shopee
  • Bayaran : Harga mengikut dari Shopee. 
  • Kegunaan : Sesuai untuk semua jenis parcel terutama yang parcel saiz kecil
  • Syarat Penghantaran : Sama. Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
  • Tempoh serahan : Anggaran 1-2 hari waktu berkerja.
  • Platform : SHOPEE

 

3. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan CDxxxxxxxMY

Jenis Nombor Tracking Pos Laju Domestik

Untuk nombor tracking Pos Malaysia yang bermula dengan hurf CDxxxMY, ini adalah jenis penghantaran domestik. Parcel dari kongsinment ini di katergori kan sebagai tidak urgent. Jadi, ia akan ambil masa lebih panjang untuk sampai ke destinasi berbanding Pos Laju. 

  • Kurier : Pos Laju 
  • Jenis Bayaran : Bayaran manual di kaunter Pos Laju. Serahan terus ke petugas kaunter.
  • Bayaran : Kelebihan adalah kos nya lebih murah berbanding tracking biasa.
  • Kegunaan : Sesuai untuk di gunakan untuk semua jenis parcel besar / berat / penghantaran dari Semenanjung ke Sabah Sarawak. Ia lebih murah dan jimatkan kos anda.
  • Syarat Penghantaran : Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
  • Tempoh serahan : Anggaran 3-5 hari waktu berkerja.*

 

4. Konsigment nombor tracking Pos Laju bermula dengan EXxxxxxxxMY

Penerangan penuh untuk Pos Laju Prepaid sticker :- Baca sini >> Cara Pos dan Jimat Harga Pos Laju

Untuk nombor tracking Pos Malaysia yang bermula dengan hurf EXxxxMY, ini adalah jenis penghantaran sama seperti Pos Laju biasa. Cuma ia sangat jarang di gunakan kerana tak ramai tahu. Dengan sticker prepaid ini, kos nya lebih murah berbanding pos laju biasa ( no.1 )

  • Kurier : Pos Laju 
  • Jenis Bayaran : Perlu beli dahulu sticker ini di kaunter Pos Laju. Serahan terus ke petugas kaunter.
  • Bayaran : Kelebihan adalah kos nya lebih murah berbanding tracking biasa.
  • Kegunaan : Sesuai untuk di gunakan untuk semua jenis parcel besar / berat / penghantaran dari Semenanjung ke Sabah Sarawak. Ia lebih murah dan jimatkan kos anda.
  • Syarat Penghantaran : Anda perlu balut sendiri / pack dalam kotak dengan kemas untuk parcel anda.
  • Tempoh serahan : Anggaran 1-3 hari waktu berkerja.*

** Anggaran tempoh serahan yang di nyatakan mungkin berbeza mengikut kawasan serta serahan hanya akan di lakukan pada hari bekerja biasa sahaja. 

 

Jadi, kini anda dah tahu jenis-jenis nombor tracking Pos Laju yang biasa di gunakan untuk penghantaran parcel ke seluruh Malaysia. Anda sudah boleh agak berapa hari parcel anda akan sampai ke alamat anda. 

Untuk nombor tracking untuk kurier lain seperti Skynet, GDex, JnT dan lain-lain , kami akan dapatkan info yang lebih detail dan tepat. 

43 Comments
  1. Amirahamid says

    Kenapa sy beli brg dpt no tracking tu..tp bila check dh delivered tahun lps pya..tp bila tya pnjual dia ckp history lps..nt poslaju akn update..dh msok 2ari dh knapa check naik bnda yg sma jgk.

    1. MdAzlan says

      Maybe ada nombor tracking yang recycle sudah.
      Cik perlu email kan details ke Pos Laju untuk semakan lebih lanjut.

      Terima kasih,

  2. Ida says

    Sy order brg dan no. Tracking bermula dgn kod LG.. Adakah LG jga salah satu kod number tracking pos laju..?

    1. MdAzlan says

      Jika tidak silap, itu adalah no tracking untuk Pos Express.

    2. Naz says

      Boleh sy tahu tak mcm mana nk trace parcel yg depan dia MY

      1. MdAzlan says

        Boleh track dari website tracker seperti tracking.my

  3. fatin says

    saya dapat no. tracking bermula dgn FE. FE itu dari pos laju juga ke?

    1. MdAzlan says

      Yes. salah satu dari tracking pos

  4. Lynn says

    nak tanya, kalua no tracking tu mula dengan MY?

    1. MdAzlan says

      Setahu saya, ia adalah no tracking yang di gunakan untuk penghantaran dari luar negara. Contoh nya anda order item dari Shopee yang seller nya adalah dari China, dan biasa nya adaMY di depan nombor traking.

      1. zulfikar says

        kalau bermula dgn PL? ade tak?

        1. MdAzlan says

          Jangan risau. Ia adalah nombor tracking terbaharu dari Shopee.Jika order di Shopee dan guna Pos Laju sebagai kurier, nombor tracking akan bermula dengan PLxxx .. Ia baru sahaja di aktifkan oleh Shopee dalam bulan July 2020.

          Tq komen anda.

    2. zul says

      hi, number tracking sya kesemuanya nombor, adakah poslaju menggunakan number tracking tanpa huruf? atau ianya bukan dari poslaju.. cth tracking 26**********807 kesemuanya 14 nombor

      1. MdAzlan says

        Tidak. kebiasaan nya, Pos Laju akan start dengan huruf di depan nya.

  5. Syamil says

    Kalau no.tracking bermula ERC pula? Pos laju juga ke?

    1. MdAzlan says

      Yes Pos Laju..Nombor yang baru.. sebelum ni ERB..sekarang dah ERC..

  6. mr says

    kalau no tracking EP ? post laju jugak ke

    1. MdAzlan says

      Yes. Pos Laju

      1. Hasydan says

        Barang apa kalau tracking no bermula dr kkm plak sy baru terima ni

        1. MdAzlan says

          Boleh dapatkan no tracking tersebut.
          Saya tak pasti berkenaan barang kkm

  7. zety liya says

    biasa kalau saller dah pos pagi semalam poslaju dah gerak dahke ? saya cek no tracking no found la macam mana ye ?

    1. MdAzlan says

      Normally, system akan lambat update atau kurier belum scan item tersebut. Check dalam tempoh 24Jam selepas item di pos.

  8. Haziq says

    kalau code PL pos laju punya tracking number jugak ka

    1. MdAzlan says

      Jangan risau. Ia adalah nombor tracking terbaharu dari Shopee.Jika order di Shopee dan guna Pos Laju sebagai kurier, nombor tracking akan bermula dengan PLxxx .. Ia baru sahaja di aktifkan oleh Shopee dalam bulan July 2020.

      Tq komen anda.

  9. Aisyah says

    Kenapa saya punya no tracking Start PL?

    1. MdAzlan says

      Jangan risau. Ia adalah nombor tracking terbaharu dari Shopee.Jika order di Shopee dan guna Pos Laju sebagai kurier, nombor tracking akan bermula dengan PLxxx .. Ia baru sahaja di aktifkan oleh Shopee dalam bulan July 2020.

      Tq komen anda.

      1. Naa says

        Kenapa pos tracking start dati PL tidak dapat ditrace menggunakan track and trace?

        1. MdAzlan says

          PL adalah no baharu untuk under di Shopee .. mungkin ada masalah system di track n Trace..
          atau cik boleh terus guna lama web pos laju untuk semak.

  10. rae says

    maaf mencelah. kalau EN pula bagaimana?

    1. MdAzlan says

      Mungkin sender menggunakan pos domestik / borang lama.

  11. Xan says

    Maaf saya ingin bertanya kalau bermula dengan ENB bagaimana pula tuan?

    1. MdAzlan says

      Maaf, saya kurang pasti. Saya semak dahulu dan update jika da info mengenai tracking ni. TQ

  12. Siti Normah says

    Saya dapat no tracking ERC, tp kenapa bila saya check yg keluar Not Found Wlupun tarikh di kirim tu 2hb. Nov. lagi….

    1. MdAzlan says

      Boleh jadi, nombor tracking tu salah. Contact seller cik semula untuk confirm kan . Normallay, ERC masih valid, Saya pun masih gunakan ERC untuk barang customer saya.

  13. Sya says

    Saya semak tp keluar history bulan lepas.

    1. MdAzlan says

      Jika brg cik baru lagi, mungkin ada pertindihan nombor tracking.
      Minta check semual dengan seller nombor yang betul. Jika seller beri nombor yang betul,hubungi pihak kurier terbabit untuk maklumat lebih lanjut.

      Sepatutn nya, masalah ini tak boleh berlaku sebab akan mengelirukan pengguna.

  14. Eians says

    Kalau no bermula”EHE”

    1. MdAzlan says

      Tak silap saya, ini nombor berkaitan Pos Malaysia.
      Tapi mohon saya semak dahulu. Tq

  15. alia says

    kalau takde kod dpn dia mcm mana ya? seller kata dia pkai apps..

    1. MdAzlan says

      Boleh share detail number nya ?
      Sbb kebiasaan nya ada kod depan dia.

      Thanks

  16. Ain says

    Kalau pos laju dari Kelantan ke Terengganu, memang kena singgah Kuantan dulu ya?

    1. MdAzlan says

      Kuantan adalah Hub untuk kawasan Pantai Timur.. namun mungkin mereka hantar semua ke hub dahulu, dan baru di distribute ke kawasan Kelantan / Terengganu.

  17. capok says

    Bang nk tanya,kalau dh post lebih dari 5 hari tapi no. tracking check xde langsung dan parcel xde smpai pun..nak buat mcm mana tu ye bang? bila tanya pejabat pos diorang ckp nnti mungkin besok smpai tpi bila tgok besok xde smpai pun dah dua hari lepas tanya pejabat pos tpi smpai harini xde barang smpai pun..mcm mana ya bang?

Leave A Reply

Your email address will not be published.