4 Cara Simpan Duit Paling Berkesan Tanpa Stress
Ini 4 cara simpan duit yang saya amalkan sejak dari mula bekerja sehingga lah dah berumahtangga sekarang. Yang paling penting, cara ini buatkan saya tidak stress dan pening kepala untuk menguruskan kewangan saya. Kenapa perlu simpan duit dan kenapa ramai orang semakin kerap share cara jimat duit sekarang ni yer ? Ini kerana tahun 2022 serta beberapa tahun akan datang, di ramalkan eknomi dunia akan merudum dan meleset yang mana ia akan membawa kepada peningkatan harga barang, perkhidmatan dan komuditi.Infalsi bertambah teruk, bekalan makanan semakin berkurangan dan banyak lagi,
Jadi, bermula dari sekarang, kita perlu mula pelajari ilmu cara simpan duit / cara jimat duit bagi mengharungi cabaran ekonomi akan datang. Apa faktor yang menyebabkan saya rasa ekonomi kita berada dalam keadaan yang kurang baik ? Saya bukan lah pakar kewangan/ ekonomi, tetapi selalu ikuti perbincangan berkaitan perkara tersebut. Antara faktor nya adalah :
- Kadar inflasi negara kita meningkat untuk 2022. Inflasi di negara kuasa ekonomi seperti US juga tinggi.
- Bank Negara Malaysia (BNM) sudah beberapa kali menaikan kadar faedah/OPR. Kesan nya, kita perlu bayaran jumlah pinjaman yang lebih tinggi setiap bulan.
- Kuasa beli menurun dan tidak serancak waktu sebelum pandemik. Ramai pengguna lebih berhati-hati dalam berbelanja sekarang.
- Ada syarikat yang mula mengecilkan operasi seperti kawalan/sekatan untuk OT dan ada syarikat yang mula memberhentikan pekerja mereka.
Ini memberi gambaran bahawa, kita perlu bersiap sedia dan letakkan diri kita dalam keadaan berjaga-jaga dengan mula berjimat / kurangkan komitmen hutang bulanan serta mula downgrade taraf / cara kehidupan seharian kita. Jangan malu untuk downgrade cara hidup kita supaya dapat menjamin kebaikan di masa hadapan kelak.
Ok, jom saya tunjukkan cara jimat duit serta bagaimana saya mulakan saving saya.
4 Cara Simpan Duit serta Jimatkan Duit Tanpa Stress dan Pening Kepala.
Cara Simpan Duit #1 – Terus buat potongan 5~10% dari jumlah gaji bulanan.
Cara ini paling mudah. Anda boleh terus minta company anda untuk buat potongan pada setiap kali gaji anda dan masukkan terus ke dalam Tabung Haji / ASB. Jadi, baki gaji yang masuk ke akaun anda adalah gaji bersih setelah di tolak potongan simpanan Tabung Haji / ASB anda tadi. Yang best nya, anda dah tak perlu fikir nak ketepikan bajet simpanan setiap kali gaji kerana ia telah di lakukan secara automatik, cuma anda perlu setkan berapa % yang boleh di simpan ke Tabung Haji / ASB. Cara ini saya dah gunakan sejak saya mula-mula bekerja dahulu, dan sampai lah sekarang. Alhamdulillah, simpanan tersebut masih belum di keluarkan dan setiap tahun saya dapat dividen dan duit tersebut telah berganda setiap tahun.
Saya pilih simpan di Tabung Haji / ASB kerana ia lebih sukar untuk di keluarkan berbanding dengan simpanan di bank biasa. Walaupun sekarang sudah ada option untuk link kan akaun Tabung Haji / ASB dengan bank simpanan anda, tetapi saya masih memilih untuk tidak link kan akaun saya dengan mana-mana bank simpanan yang saya ada. Jadi, saya tidak lah boleh suka-suka keluarkan duit simpanan tersebut pada bila-bila masa yang saya suka.
Perlu disiplin kan diri okay.
Cara Simpan Duit #2 – Gunakan Kad Debit berbanding Kad Kredit
Jika tak nak keluarkan banyak duit anda, kalau boleh , guna duit dalam simpanan harian anda sahaja semasa berbelanja supaya kita boleh kawal apa yang kita nak beli dan amaun yang kita mampu beli. Elakkan guna kad kredit untuk beli barang bukan keperluan kerana, ia membuatkan kita rasa “kaya” dan akan berbelanja melebihi kemampuan kita yang sebenar. Bila sampai satu tahap nanti, amaun pengunaan kad kredit anda dah melebihi 80-90% , masa tu cas bunga yang di kena kan kepada baki hutang anda memang tinggi dan perlu kan masa yang sangat lama untuk langsai kan hutang kad kredit tersebut.
Jangan pelik, jika masa tu anda dah buat bayaran ke akaun kad kredit anda, tetapi baki hutang anda masih macam tak berubah. Masa tu memang sangat stress.
Cara Simpan Duit #3 – Simpan duit mengikut warna.
Cara ini bagus jika anda jenis orang yang berdisiplin tinggi serta mampu memberikan komitmen untuk simpan duit mengikut warna duit tersebut. Cara nya mudah sahaja, anda buat satu tabung untuk 1 warna duit. Contoh nya, tabung no.1 untuk simpan duit warna biru iaitu not RM1. Tabung ke-2 pula untuk simpan not warna hijau RM5, tabung ke-3 untuk simpan not RM10. So, setiap kali anda ada not tersebut dala dompet, boleh lah masukkan duit tersebut ke dalam tabung tersebut.
Cara Simpan Duit #4 – Simpan duit di “menteri kewangan” anda.
Jika anda rasa tak mampu nak simpan duit, sila mintak bantuan pihak ke-3 untuk tolong simpan kan duit anda tersebut. Siapa pihak ke-3 atau ‘Menteri Kewangan’ yang anda boleh harapkan? Tidak lain tidak bukan pasangan anda (bagi yang sudah berumahtangga) iaitu suami/isteri. Kebiasaan nya, orang perempuan pandai uruskan kewangan kan. Jadi, boleh mintak tolong mereka untuk simpan kan duit anda di akaun mereka.
Menurut perkongsian dari pakar-pakar kewangan di luar sana, sebaik nya anda perlu ada simpanan cash sebanyak minima 6x gaji/pendapatan bulanan anda. Contoh nya jika anda gaji RM2000 sebulan, anda perlu ada simpanan sebanyak RM12000 sebagai back up jika apa-apa jadi kepada anda dan keluarga. Jadi, di harap cara simpan duit saya ini dapat memberi idea bagaimana anda boleh start untuk bina simpanan kecemasan anda.