4 Cara Simpan Duit Gaji Terpaling Bijak
Dalam artikel ini saya nak share bagaimana cara simpan duit gaji yang saya amal kan sejak sekian lama. Walaupun kita ni bergaji rendah / bergaji minimum kebangsaan RM1500, kita tetap perlu berjimat-cermat dan cuba untuk simpan duit gaji anda setiap bulan yer. Ini supaya apabila di saat anda perlu kan duit untuk sesuatu perkara yang penting / emergency , anda masih ada wang simpanan sendiri untuk di guna kan tanpa perlu meminjam dari kawan-kawan /saudara mara. Bukan semua orang suka bila kita nak pinjam duit dengan mereka kan. Biasa lah, bila kita susah, kebanyakan mereka akan menjauh kan diri dari kita.
Takpe, kita berdiri di atas kaki sendiri lah yer. Jom saya share cara simpan duit yang mudah dan bijak.
4 Cara Simpan Duit Gaji Terpaling Bijak , Mudah lagi Kacak
Cara simpan duit gaji – #1 : Auto potong gaji anda masuk ke akaun simpanan bank / Tabung Haji atau ASB
- Ini antara cara simpan duit gaji yang paling ampuh dan terbaik kerana anda hanya akan dapat gaji bersih yang telah siap di potong dan di simpan secara automatik ke dalam akaun simpanan anda. Jadi, anda tak perlu dah nak berkira-kira lagi berapa yang anda perlu simpan setiap kali anda dapat gaji. anda boleh terus belanja gaji yang masuk ke akaun anda tu.
- Anda boleh buat pemotongan gaji melalui slip gaji (perlu melalui HR syarikat tempat anda bekerja) atau pemotongan duit terus (auto debit) pada setiap hari gaji anda – buat anda yang menerima gaji pada hari sama setiap bulan. Bank-bank tempatan ada menyedia kan perkhidmatan ini dalam perkhidmatan online banking mereka.
- Soalan ni selalu di tanya, ” antara akaun bank, tabung haji dan ASB , mana yang lebih bagus untuk simpan duit ? ” Pada pandangan saya, saya lebih prefer untuk anda simpan duit di ASB kerana, ASB agak leceh nak keluar kan duit anda seharian. Namun, jika anda perlu kan duit tersebut untuk standby di saat kecemasan dan boleh di keluar kan pada bila-bila masa (siang atau malam), anda boleh buat lagi satu akaun khas untuk simpan duit anda di akaun bank tersebut.
- Macam situasi saya, saya sudah terus buat pemotongan gaji sebanyak 10% setiap bulan terus ke akaun tabung haji saya.
Cara simpan duit gaji – #2 : Kurang kan makan minum di luar.
-
- Cara ini mungkin akan di kecam, tetapi jika anda boleh kurang kan (bukan terus stop sebab saya faham anda sibuk dan kurang masa nak masak sebab dah penat) makanan / coffee di kedai luar, anda akan dapat berjimat dengan lebih baik. Ia bergantung kepada cara kehidupan individu, tak semua orang cara sama kerena akan ada individu yang mengatakan makan & minum di luar lebih murah berbanding memasak sendiri. Jangan risau, tiada masalah, ia bergantung kepada cara kehidupan masing-masing yer.
- Kalau anda perlu makan di kedai luar juga, saya cadang kan beli makanan pada kadar yang berpatutan dan tidak terlalu mahal. Sekali sekala takda masalah lah kan, contoh masa hari gaji atau dapat bonus dari boss anda. Boleh je makan sedap sekali sekala.
- Satu masa dulu memang saya kerap makan luar, sebab tak sempat nak masak, masing-masing sibuk kan, tetapi bila kira-kira balik, angaran 30% gaji di bayar untuk makan minum di luar sahaja..haha. Banyak tu, sebab sekali makan di luar untuk satu keluarga kecil paling kurang RM40-RM50, jika makan di fast food pulak, paling kurang RM70-90 untuk setiap kali makan. Kalau seminggu kerap makan luar dan hari minggu pula layan fast food / overprice coffee , confirm lah kan anda akan guna 30% dari gaji anda kan.
Cara simpan duit gaji – #3 : Kurang beli barang bukan keperluan / kehendak.
- Goyang beb bila tengok iPhone 15 Pro yang di kata kan antara smartphone terbaik untuk tahun 2023 dan paling tahan lasak (dengan bahan titanium), tetapi bagi saya , iPhone adalah suatu kehendak, bukan keperluan . Namun bagi content creator media sosial, iPhone adalah keperluan mereka kerana iPhone tersebut adalah aset yang akan menjana duit untuk mereka dari masa ke semasa. Bagi golongan biasa, cukup lah sekadar smartphone yang berspesifikasi sederhana yang mempunyai semua keperluan media sosial anda seperti Whatsapp, Instagram, Facebook dan sebagai nya.
- Untuk lebih jimat dan sebagai salah satu cara simpa duit anda, utama kan barang-barang keperluan berbanding kehendak. Contoh nya, barang-barang makanan, barang rumah , pendidikan anak-anak, duit sekolah dan sebagai nya. Jika anda nak beli barang yang berjenama atau kasut atau barang kemas impian anda, anda boleh buat simpanan dahulu. Bila dah cukup simpanan anda, anda boleh beli cash tanpa perlu berhutang.
- Namun, jika hati anda masih tak keruan atau sampai tak lena tidur malam teringat kan barang impian anda tu, anda masih boleh beli barang idaman anda tu menggunakan kemudahan 0% EPP kad kredit. Bayar je lah bulan-bulan yer.
Cara simpan duit gaji – #4 : Kurang kan langganan aplikasi atau TV streaming
- Jika anda kaki movie atau selalu layan series-series Korea , mungkin anda mempunyai banyak akaun streaming seperti Netflix, Prime , Disney + Hotstar, Viu dan sebagaimana . So, anda perlu semak semula berapa banyak aplikasi / akaun streaming yang anda langgan dan perlu bayar secara bulanan.
- Sila stop langanan aplikasi yang mempunyai cerita yang lebih kurang antara kedua-dua nya. Jadi, anda boleh berjimat tanpa perlu bayar lagi untuk bulan yang seterus nya.Biasa nya, kita tengok movie atau series pada setiap hujung minggu sahaja kan.
- Cara simpan duit gaji juga boleh di buat dengan kurang kan bayaran langganan untuk pakej internet smartphone anda terutama anda bukan lah guna mobile internet secara kerap.
Ini adalah 4 cara simpan duit gaji yang selalu saya guna kan walaupun gaji tak lah besar mana pun,apa-apa pun syukur alhamdulillah dengan rezeki yang di kurniakan. Inshallah, saya cuba untuk tak nak susahkan ahli keluarga / kawan-kawan apabila saya perlu kan duit di saat kecemasan atau keperluan yang mendesak.