4 Cara Cari Saham Patuh Syariah BSKL / KLSE
Anda plan nak melabur saham di BSKL ? Ini 4 cara bagaimana anda nak tahu saham patuh syariah atau tidak. Untuk anda yang buka CDS dan anda beragama islam, pihak broker akan set kan untuk anda hanya boleh beli saham patuh syariah sahaja. Saya ada akaun CDS dengan MPlus , dan saya hanya boleh langgan saham-saham yang berstatus ‘Syariah’ sahaja. Saham selain dari itu, saya tak boleh langgan / beli.
Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia saham ini, saya sangat sarankan anda untuk menimba ilmu terlebih dahulu. Cari lah panduan serta kelas atau berguru dengan orang yang sudah biasa dengan untung rugi dalam saham. Jangan melabur atas atas sebab anda tahu saham adalah jual dan beli sahaja, tetapi skop nya lebih luas. Anda perlu tahu baca chart , pergerakan naik turun saham, bila waktu sesuai beli saham, cara nak kaji latar belakang sesuatu syarikat sebelum melabur, dan pelbagai lagi.
Untuk anda yang tercari-cari panduan serta cikgu yang trusted untuk nak bermula main saham , boleh belajar melalui panduan labur saham di Malaysia. Anda terus klik sahaja gambar di bawah :
Saya pun belajar dari panduan ini. Saya tak lah pandai main saham , tetapi at least tahu basic mengenai saham sebelum saya beli sesuatu saham tu. Jom saya tunjukkan cara bagaimana untuk anda nak cari saham patuh syariah di pasaran saham Malaysia ( Bursa Saham Kuala Lumpur – BSKL ).
4 Cara Cari Saham Patuh Syariah di BSKL / KLSE
Cara 1 – Cari Saham Patuh Syariah dari Website Bursa Malaysia
Anda boleh dapatkan senarai penuh saham-saham yang patuh syariah dari website Bursa Malaysia sendiri di sini :
Ini adalah contoh saham-saham yang terkini untuk tempoh sehinggan 16-Dec-2022. Ada banyak saham syariah untuk anda laburkan duit anda. Harga pun tak lah tinggi. Kebanyakan sen-sen saja. Jadi, jika tiada modal yang besar, jangan risau anda masih boleh jual beli saham di BSKL. Jika saham luar negara , ini baru anda perlukan modal yang besar kerana atas faktor tukaran wang asing. Anda boleh bermain saham dengan modal yang kecil .
Cara 2 – Cari Saham Patuh Syariah dari website TradingView
Website / aplikasi Trading View ini sangat popular di kalangan pemain saham di Malaysia , dan juga di gunakan meluas di dunia. Trading View juga ada memaparkan saham-saham serantau Asia termasuk lah saham dari Bursa Malaysia. Website ini ada pelan yang percuma serta berbayar. Untuk beginner yang baru nak bermain saham, anda boleh daftar dan gunakan fungsi-fungsi yang percuma di sana.
Untuk anda yang serius untuk menjana wang / keuntungan dari saham, boleh lah subscribe pelan-pelan seperti Pro, Pro+ dan Premium. Jadi , bagaimana untuk anda tahu yang satu-satu saham dalam TradingView ini adalah patuh syariah ? Di bawah ini cara nya. Cuma secara default, walaupun anda ambil pelan percuma, anda tidak boleh nak pastikan saham tu syariah atau konvensional.
- Anda perlu guna kan browser Google Chrome dan extension browser.
- Masuk ke Chrome Web store di sini :- chrome.google.com/webstore/detail/tradingview-shariah-indic
- Extension ini percuma sahaja. > Sila install dan activate kan yer.
- Daftar akaun & login TradingView anda.
- Anda cari saham-saham yang anda berminat untuk melabur. Anda akan nampak satu lambang ‘Bulan Bintang’ berwarna Hijau di tepi nama saham anda. Contoh seperti di bawah :
Ini lagi contoh untuk bezakan antara saham konvensional vs shariah . Yang saya pangkah tu adalah saham konvensional (bukan/belum patuh syariah)
Cara 3 – Cari Saham Patuh Syariah dari website KLSE Screener
Layari website KLSE Screener : klsescreener.com
Cara ini juga salah satu cara percuma yang biasa pemain saham di Malaysia untuk screen saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Patikan anda tick pada butang ‘Shariah Compliant’ di page utama website ini. Selepas selesai masukkan beberap info yang di perlukan , anda boleh klik ‘Screen’ untuk dapatkan senarai saham anda.
Setelah dapat list dari screener, anda boleh dapati ada lambang ‘S’ di bahagian kanan nama saham tersebut. Itu lah tanda sesuatu saham itu adalah saham patuh syariah BSKL.
Cara 4 – Cari Saham Patuh Syariah dari website Malaysia Biz Stock
Layari website KLSE Screener : malaysiastock.biz
Cara kali ini lebih kurang sama dengan cara ke-3 tadi. Anda perlu tick pada ikon/tab Shariah :On . Kemudian, selepas saham yang anda review, akan ada lambang shariah compliant di bahagian ‘Corporate Information’ . Bila ada remarks ini, pasti nya anda boleh beli saham-saham ini. Ouh ya, website ini percuma untuk basic function. Untuk lebih fungsi dan tiada iklan, boleh lah langgan premium features mereka.
Jadi anda dah tahu kan bagaimana untuk dapatkan saham–saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Jom lah melabur di Bursa Malaysia sekarang. Tak susah nak bermain saham, cuma risiko yang tinggi. Boleh jadi rugi, boleh jadi untung. Pergerakan saham-saham ini boleh di ramal, tetapi tidak semesti nya tepat. Tetapi jika anda mencari ilmu serta belajar basic berkaitan saham, anda boleh tingkatkan keuntungan serta kecilkan kerugian. Jika ada orang yang claim melabur melalui mereka dapat 100%~300% di jamin untung, sila jauh kan diri dan duit anda dari golongan seperti ini. Tiada istilah seseorang boleh menjamin keuntungan yang besar dalam jangka masa pendek.
Okay, selamat melabur saham dan semoga anda mendapat keuntungan besar dari saham-saham yang anda dah buat kajian sebelum beli.