3 Cara Tukar Limit Maybank2u Tanpa Beratur

0 527

Pasti ramai pelanggan Maybank nak tahu cara tukar limit Maybank2U tanpa perlu pergi mohon sendiri di bank bukan ? Tukar limit transfer untuk akaun Maybank anda sangat penting kerana ia akan membantu anda untuk tidak terlebih apabila berbelanja / mengelakkan duit anda habis di ‘sedut’ sebabkan oleh si jahat scammer.

Namun, cara tukar limit Maybank2U ini hanya boleh di lakukan di browser laptop/PC/ smartphone sahaja. Anda tidak boleh tukar limit akaun anda melalui aplikasi Maybank2U atau MAE ok. Jadi, jika anda tiada laptop ataupun bukan di pejabat, anda masih boleh tukar limit tersebut dengan melayari website Maybank2U melalui internet browser seperti Chorme / Edge di smartphone anda.

By default, Maybank telah menetapkan amaun di bawah untuk setiap pelanggan mereka. Jadi, anda boleh ubah amaun ini mengikut kesesuaian perbelanjaan serta keselamatan anda.

Jenis Pemindahan Had Transaksi Pindahan ( Harian )
3rd Party Transfer ( Maybank ke Maybank ) RM3,000
Interbank Transfer ( DuitNow, DuitNow-Transfer & GIRO) RM3,000
Oversea Transfer RM10,000
FPX RM50,000
ASNB Own Account Transfer RM50,000
ASNB 3rd Party Transfer RM10,000

Cara Tukar Limit Maybank2U Untuk Akaun Bank dan Kad Debit Maybank

 

Cara nya sangat mudah. Tak perlu risau okay. Just follow step-step di bawah yer. Ada 2 option untuk ubah limit anda sama ada pada kad debit atau akaun simpanan Maybank anda.

 

Langkah 1 cara tukar limit Maybank2U untuk Kad Debit.

Anda boleh limitkan / had kan berapa amaun yang boleh di belanja kan pada kad debit tersebut untuk satu hari. Ini bagi mengelakkan penggunaan berlebihan terutama apabila anda orang yang suka guna kad debit untuk membuat pembelian di kedai / pasaraya (seperti saya 🙂 ) . Ini juga sebagai salah satu langkah keselamatan apabila kad anda di curi & di gunakan oleh orang lain, si pencuri tersebut tak boleh menggunakan amaun lebih dari apa yang anda setkan di bahagian ini.

Untuk ubah limit bagi penggunaan pada kad debit Maybank anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Login ke akaun Maybank2U anda seperti biasa.
  • Di bahagian dashboard akaun anda, pergi ke ‘Setting’ dan klik pada bahagian ‘Card’ . Di sini akan beberapa pilihan untuk tukar limit kad anda. Pilih ‘Debit Card’ sahaja. Saya ringkaskan step tersebut di bawah ini :
    • Login M2U > Setting > Cards > Manage Debit Cards > Choose Your Preferred Amount > Klik Save > Request TAC > Done.

 

 

Kad Debit Maybank anda dah nak expired ? Ganti online je senang di sini : Cara Ganti Kad Maybank Expired

 

Langkah 2 cara tukar limit Maybank2U untuk akaun simpanan

Langkah ini cara bagaimana anda boleh tukar had limit akaun simpanan Maybank anda. Cara transfer limit Maybank2U ini di gunakan apabila anda nak limitkan / had kan berapa amaun yang boleh di pindahkan ke akaun lain dalam satu-satu masa. Pindahan ini boleh di gunakan untuk online transfer atau ATM transfer.

  • Login ke akaun Maybank2U anda seperti biasa.
  • Sama langkah seperti tukar limit pada kad debit anda, tetapi anda perlu klik pada ‘Pay & Transfer’
    • Login M2U > Setting > Pay & Transfer > Transfer Limit > Klik pada ikon ‘Pen’ >  Choose Your Preferred Amount > Klik Save > Request TAC > Done.

cara tukar limit maybank2u saving account 2022

 

Maksimum amaun boleh di set sehinggan RM30,000.

 

Langkah 3 cara tukar limit Maybank2U untuk Paywave Kad Debit Maybank

Ini juga salah satu yang paling penting untuk meningkatkan tahap keselamatan kad debit anda iaitu dengan tukar limit paywave / contactless kad debit Maybank anda. Secara default nya, Maybank tetapkan maksima RM250 untuk penggunaan paywave kad debit anda, tetapi anda boleh set kan ke amaun yang lain bergantung kepada keselesaan anda.

Minima anda boleh setkan RM0 , bermaksud tak boleh lansung gunakan paywave pada kad tersebut. Untuk amaun paling maksimum adalah RM1’000. Jadi ikut lah pada keyakinan anda, kerana kebiasaan nya memang pencuri akan gunakan paywave terlebih dahulu apabila kad anda di curi. Ini pernah terjadi kepada ahli keluarga saya. Berhati-hati okay.

  • Sama langkah seperti tukar limit pada kad debit di atas
    • Login M2U > Setting > Cards > Manage Debit Cards > Klik ‘ Debit card Contactless Limit’ > Choose Your Preferred Amount > Klik Save > Request TAC > Done.

 

tukar limit paywave kad debit maybank

 

Selesai dah.. Mudahkan cara tukar limit Maybank2U ni ? Tak susah pun, boleh di buat di laptop /PC atau smartphone (bukan melalui apps M2U /MAE) . Paling penting, untuk keselamatan duit dalam akaun anda, jangan terpedaya dengan scammer di luar sana, tak kira terkena dengan panggilan atau tekan link yang mencurigakan. Sayang bila kita dah kumpul duit bertahun-tahun, tetapi di lesapkan oleh scammer hanya dalam masa 5-10 minit sahaja. Jika ada yang claim mereka dari agensi kerajaan / bank, tolong jangan terus percaya. Tamatkan perbualan dan terus check dengan agensi tersebut / bank-bank dengan nombor rasmi mereka.

Harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda sepanjang masa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.