3 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee 2020

0 13,621

3 cara tingkatkan jualan di shopee anda untuk tahun 2020 berdasarkan pengalaman saya sepanjang terlibat dalam bisnes di marketplace Shopee Malaysia. Cara tingkatkan jualan di Shopee ini sangat mudah sebenar nya. Semua orang mampu buat. So, saya akan share, apa 3 cara tingkatkan jualan di Shopee yang saya buat selama ini.

Sebelum ini, saya ada kongsikan , kenapa anda perlu menjual produk niaga anda di Shopee melalui artikel ini : 5 Sebab Perlu Jual Barang Di Shopee

 

Cara Tingkatkan Jualan di Shopee yang Berkesan Dalam Tahun 2020

 

A) BOOST POST PRODUK – [ PERCUMA

Cara Naikkan Jualan Shopee Dengan Boost Tiada bayaran / cas di kenakan oleh pihak Shopee kepada anda apabila anda gunakan fungsi Boost tersebut. Ia nya confirm 100% PERCUMA. Jangan bimbang ya.. Anda hanya perlu tekan butang “Boost Now”pada item jualan anda yang anda nak promosi kan , dan produk anda terpapar lebih banyak pada carian pelanggan Shopee anda.

Apa maksud dengan Shopee Boost ?

Boost di sini bermaksud “laju / pecut / banyak / cepat” , jadi, setiap produk yang anda boost tadi akan mendapat lebih banyak view dari pelawat Shopee, dan apabila produk anda banyak kali di lihat, ia sedikit sebanyak akan membantu anda untuk tingkatkan jualan item anda di Shopee tanpa sebarang kos.

Cuma fungsi Boost ini TERHAD kepada :

  1. Boost terhad untuk tempoh 4 Jam sahaja untuk satu produk . Selepas habis tempoh boost, anda boleh boost lagi sekali untuk 4 jam seterus nya. Atau selepas 4 jam pertama habis, anda boleh boost untuk produk yang lain pula.
  2. Anda hanya boleh boost 5 produk sahaja dalam sekali boost. Jadi, jika anda nak boost item lain, anda perlu habis kan tempoh boost yang pertama sampai tamat tempoh boost 4 jam.

Tips Mahal Lariskan Jualan Shopee dengan fungsi Boost : – Saya galakkan anda untuk boost 5 produk yang berbeza / kategori item supaya, kedai Shopee anda lebih di kenali dari pelbagai kategori. Sebagai contoh, saya jual aksesori smartphone, jadi, saya akan boost 5 produk saya dari ketegori :

  • USB Cable
  • Wireless
  • Power Bank
  • Audio
  • Charger

Jadi, mereka yang mencari item dari setiap kategori, akan dapat lihat produk yang anda boost . Lebih banyak view dan trafik ke kedai Shopee anda. Ia juga akan bantu naikkan jualan di Shopee anda. FREE je boost, cuma anda perlu rajin tekan butang “boost” nya setiap 4 jam.

Cara untuk Boost produk di Shopee :

Shopee Apps > Bahagian “My Shop” > Bahagian Produk > Tekan butang “Boost Now” yang berwarna hijau.

Cara Teknik Naikkan Jualan Di Shopee Anda

 

 

B ) Cara tingkatkan jualan di Shopee dengan SHARING + FOOTER SIGN – PERCUMA

Ini lagi satu cara tingkatkan jualan di Shopee yang saya sering gunakan iaitu dengan kaedah Sharing (kongsi/share) dan Footer Sign ( letakkan link dalam setiap post di social media) . Ini kaedah yang sangat simple dan tanpa perlukan sebarang kos . Anda hanya perlu rajin dan sediakan template khas untuk setiap kali posting anda.

Macam mana nak buat kaedah Sharing + Footer Sign ?

  1. Sharing – Anda hanya perlu share link kedai Shopee kepada rakan-rakan anda dalam akaun Facebook , Twitter, Whatsapp atau Instagram. Gunakan cara soft sell untuk tarik perhatian mereka. Tak perlu paksa mereka membeli, cukup sekadar share apa kedai Shopee dan apa yang anda jual. Jika ada yang berminat, mereka akan masuk ke kedai anda dan beli sesuatu yang sesuai dengan mereka.
  2. Footer Sign – Letak link kedai Shopee anda di bahagian paling bawah post anda setiap kali up status di media social anda. Setiap kali post anda di baca sampai habis, ia berpotensi tinggi untuk kenalan-kenalan anda untuk klik link tersebut dan seterus nya membeli produk anda.

Teknik ini sesuai untuk semua media sosial yang anda gunakan iaitu dengan letakkan link kedai Shopee / produk anda (bahagian paling bawah) di :

  • Facebook –  setiap kali anda post status + di dalam bahagian BIO .
  • Instagram – di bahagian bio IG anda
  • Twitter – di bahagian profile –  website

 

Nak tips & trick menjual barang di Shopee dengan lebih advance ? Saya sangat recommended anda untuk anda dapatkan panduan di bawah.

C) Cara tingkatkan jualan di Shopee dengan IKLAN / Shopee Ads- BERBAYAR

Ini cara paling saya suka, walaupun cara ini perlukan anda melabur wang untuk iklan kan produk anda, tetapi ia mampu memberikan pulangan yang lumayan berbanding hanya tunggu / boost tadi . Setakat December 2019 , kos iklan di Shopee lebih murah berbanding dengan pengiklanan di media sosial lain seperti Facebook Ads , Instagram Ads dan lain-lain kos berbayar.

Shopee My Paid Ads Mobile Display
Sumber Gambar : Shopee Malaysia

Anda boleh kawal berapa yang anda nak spend dalam satu hari atau dalam satu-satu tempoh masa kerana, Shopee Ads menggunakan konsep “prepaid”. Anda top up duit dalam akaun Shopee Ads anda, anda run iklan dan seterus nya, setiap kali ada pengguna Shopee klik iklan anda, baru lah Shopee cas kepada anda mengikut bajet per klik yang anda set

Apa yang baik dengan Shopee Ads :

  1. Anda boleh kawal berapa yang anda nak spend dalam satu hari. Boleh terhad RM10/ hari atau boleh terus RM100/ hari. Ikut bajet marketing anda
  2. Anda hanya akan di cas setiap kali orang klik pada iklan anda sahaja.  Jika mereka tidak klik , ia akan tetap terpapar . Ini memberikan FREE view kepada kedai Shopee anda.

 

Apa kekurangan dengan Shopee Ads ?

  1. Anda perlu bersaing dengan mereka yang mempunyai bajet marketing yang lebih besar / banyak. Jadi, mereka anda lebih banyak dapat view dalam pengguna Shopee
  2. Anda juga perlu bersaing dengan mereka yang boleh letak bajet per klik yang tinggi . Lebih tinggi bajet / klik, lebih baik kerana , iklan anda akan di paparkan paling atas / paling awal . Jadi, lebih view serta klik.

Namun anda tak perlu risau, dengan bajet ads yang rendah, juga anda masih boleh dapatkan jualan dari Shopee anda kerana, anda mungkin target kan keyword  carian yang mana pesaing anda tidak guna keyword tersebut. Anda perlu kreatif dan mengkaji mana keyword yang sering mendapat carian tertinggi di Shopee.

 

Ini lah 3 cara tingkatkan jualan di Shopee yang saya masih gunakan sampai sekarang  dan masih berkesan. Namun, jika anda tips / teknik naik kan jualan Shopee dalam tahun 2020, saya akan kongsi kan semula kepada anda. Sama-sama kita bantu . Jadi, sedikit sebanyak, di harap, penkongsian berkenaan cara tingkatkan jualan di Shopee saya ini boleh memberi idea untuk anda lariskan lagi jualan produk anda di Shopee.

____________________________________________________________________________________________________

Jika anda mencari aksesori smartphone yang 100% ORIGINAL, anda boleh terus ke kedai Shopee saya  di sini :

Shopee Sifugadget

Leave A Reply

Your email address will not be published.