3 Cara Semak Tracking Pos Laju Paling Senang

0 4,336

Nak semak tracking Pos Laju , tetapi tak tahu cara paling senang ? Saya akan bantu anda untuk semak tracking pos laju paling mudah dan cepat berbanding cara manual biasa. 

3 Cara Semak Tracking Pos Laju Paling Mudah, Cepat dan Senang

Cara 1 – Gunakan aplikasi rasmi Pos Laju ini di smartphone anda. Anda boleh dapatkan aplikasi untuk semak tracking pos laju ini secara PERCUMA melalui Google Play Store atau Apps Store. 

Pos Laju Apps Tracking

  • Ada fungsi scan barcode dalam aplikasi ini. Jadi sangat mudah untuk anda hanya scan dan terus results carian di paparkan. Namun, ini hanya sesuai jika anda yang pengirim , bukan penerima (customer) kerana, hanya pengirim sahaja yang mempunyai salinan form pos laju. 
  • Nak senang, anda copy nombor tracking yang anda dapat, dan terus paste di apps ini. 

Cara ini sesuai jika anda selalu cek no tracking pos laju anda. Jika anda hanya sekali sekala, saya cadangkan anda cek no tracking pos laju anda terus di website Pos Laju sahaja. Ini supaya, tidak memberatkan smartphone anda dengan aplikasi yang jarang di gunakan.

 

Cara 2 – Paling Mudah. Hanya perlu sekali set sahaja. Gunakan aplikasi ” Aftership ” di smartphone anda. Ini cara yang saya guna sekian lama, kerana, saya hanya perlu masukkan no tracking Pos Laju saya ke dalam apps ini, dan sistem apps akan terus update status terkini parcel saya pada setiap point of reach.

Maksud point of reach, semasa proses delivery parcel Pos Laju kita, akan ada peringkat delivery seperti sampai ke pusat pengagihan / distribution centre ( di KL / KLIA ), sampai ke pos laju daerah kita dan semasa proses out of delivery.Jadi, setiap kali parcel kita sampai ke peringkat penghantaran, apps ini akan hantar notifikasi ke smartphone anda. 

Jadi, tak perlu nak refresh website tracking atau bukak applikasi tracking yang lain secara manual. Tahu-tahu dah ada update setiap kali parcel bergerak ke destinasi nya.

Cara Semak Tracking Pos Laju Malaysia Dengan Apps AftershipMudah nya nak semak tracking Pos Laju dengan aplikasi Aftership ni kan .. 

Download lah.. Percuma sahaja. Kecuali anda perlu bayar line internet untuk download..hehe

 

Cara 3 – Ini cara paling kuno tetapi, bergantung kepada orang yang anda berurusan nanti. Anda mintak penjual anda tu semak tracking Pos Laju anda dan minta dia update kepad anda. Tetapi, perlu di ingtkan, tak semua seller nak layan perkara remeh ini, kerana anda boleh buat sendiri. 

Tapi tak salah, tanya kan latest status penghantaran parcel anda..hehe.. pandai-pandai lah ayat mereka tu.

Ouh yaa.. Jika anda beli dari platform online shopping seperti Shopee, jangan risau kerana anda boleh terus semak status semasa penghantaran parcel anda melalui applikasi Shopee anda. 

Masuk ke dalam akaun shopee anda > “My Purchase” > di bahagian ” To Receive ” untuk semak no tracking poslaju anda dan status terkini parcel anda.

 

Jadi, ini lah 3 cara semak tracking pos laju anda. Paling recommend adalah cara ke-2 iaitu anda guna aplikasi AfterShip yang akan auto-update status penghantaran parcel anda melalui notifikasi smartphone anda tanpa perlu semak no tracking poslaju secara manual lagi. 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.