3 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020

0 877

Bagaimana cara bayar zakat Fitrah online Johor untuk Ramadhan 2020 ni ? Kita faham sekarang negara kita dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) , dan tidak boleh kontak rapat/ secara lansung / bersalaman antara satu sama lain. Jadi, cara bayar zakat fitrah online Johor ini adalah salah satu alternatif untuk tunaikan kewajiban berzakat di bulan Ramadhan ini. 

Kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2020 (1441H) bagi seluruh kawasan Johor adalah di tetapkan pada : 

  1. RM7.00 – Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan. 
  2. RM10.00 – Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain

Sumber info kadar fitrah Johor 2020 : @ Majlis Agama Islam Johor 

Tempoh bayaran bermula dari 24/April/2020 (1 Ramadhan 1441H) sehingga sebelum 8:00 Pagi 1 Syawal 1441H ( anggaran jatuh pada Ahad 24/May/2020 )

Nota : Jika anda menggunakan pembayaran melalui akaun simpanan (FPX) ,anda akan di kena kan caj tambahanRM0.50 bagi setiap transaksi anda.

 

3 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 Bagi Ramadhan 1441H

Ada 3 cara bayar zakat fitrah online Johor untuk tahun 2020 ini yang di kongsikan oleh pihak MAIJ seperti di bawah. Anda boleh pilih salah satu cara yang mudah untuk anda selesaikan bayaran zakat fitrah anda. Yang penting, amat di galakkan anda untuk buat pembayaran zakat fitrah anda dengan segera / pada awal Ramadhan. Jangan tunggu di saat akhir, kerana di khuatiri talian sesak dengan semua orang nak bayar pada saat akhir. 

4 Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 1441h
Sumber Gambar : Majlis Agama Islam Johor – April 2020

 

Cara # 1 : Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 menggunakan portal Zakat Johor Online Payment 

Untuk anda yang ada laptop / dekstop, anda perlu masuk ke portal pembayaran rasmi oleh MAIJ di sini : https://epayment.maij.gov.my/

Untuk pertama kali penggunaan portal ini, anda perlu buat pendaftaran baharu seperti di bawah. 

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 Maij Online Payment Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 Maij Online Payment 2

Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan tersebut. 

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 Maij Online Payment 3

Isi semua maklumat yang di perlukan dan klik pada butang simpan . 

(akan di update segera) 

 

Cara # 2 : Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 menggunakan Johor Online Payment (JOP) 

https://onlinepayment.johor.gov.my/

(akan di update segera) 

 

Cara # 3 : Cara Bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 menggunakan aplikasi SnapNPay 

Ini paling mudah untuk anda yang tiada PC / Laptop dan bergantung sepenuh nya pada smartphone. Pihak MAIJ memberikan cara bayar Zakat fitrah online Johor 2020 memalui imbasan QR code di smartphone anda. Anda hanya perlu IMBAS dan BAYAR . Mudah kan? 

Aplikasi SnapnPay ini anda boleh terus download di Google Play Store atau Apple Apps Store anda secara PERCUMA. Aplikasi ini di bangunkan oleh apps developer tempatan . Jadi, ia selamat di gunakan. 

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan Aplikasi Snap N Pay

Rujuk step di bawah untuk cara membuat bayaran online zakat fitrah anda : 

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dengan Snapnpay Johor
Sumber Gambar : Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam Johor – April 2020

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan Aplikasi Snap N Pay Qr Code

Ini adalah QR COde yang anda boleh imbas untuk anda buat pembayara zakat fitrah online terus dari smartphone anda yer. Kemudian, pilih antara harga RM7 atau RM10 untuk setiap seorang tanggungan. Pembayaran boleh di lakukan menggunakan online transfer FPX (di jamin selamat) 

 

Jadi, anda sudah boleh mula untuk melakukan pembayaran zakat fitrah untuk Ramadhan tahun ini menerusi online sahaja tanpa perlu cari amil-amil zakat / tok imam di kawasan anda sepanjang PKP ini.  Cara bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 ini amat mudah kerana, anda tidak perlu keluar rumah untuk bayar zakat fitrah anda. Anda guna kan salah satu cara di atas sama ada di PC atau smartphone, dan tahniah kerana anda sudah menunaikan salah satu kewajipan anda sebagai seorang muslim. 

Anda di galakkan untuk bayar zakat fitrah anda seawal yang mungkin supaya sumbagan zakat anda ini dapat di agih kan kepada mereka yang memerlukan dengan lebih awal dan sampai kepada golongan sasar yang di tetapkan oleh Majlis Agama Islam Johor .

Cara bayar Zakat Fitrah Online Johor 2020 ini terhad untuk warga Johor sahaja. Untuk negeri lain , anda boleh terus rujuk ke Majlis Agama Negeri masing-masing untuk perincian yang lebih jelas. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.