3 Cara Bayar Bil Unifi Secara Online Lebih Mudah

0 5,817

Bagaimana nak bayar bil Unifi secara online tanpa anda perlu beratur di pejabat Pos atau kedai 24 Jam ? Jangan risau, di bawah ini saya akan kongsikan 3 cara bagaimana anda boleh bayar bil Unifi anda dengan lebih mudah. Hanya di hujung jari sahaja serta boleh menjimatkan masa anda.

3 Cara Bayar Bil Unifi Secara Online Tanpa Perlu Beratur Di Pejabat Pos 

 

Cara 1 – Semak bill serta bayar bil Unifi melalui aplikasi MyUnifi

Ini cara yang biasa saya gunakan bila buat pembayaran bill Unifi saya. Saya jarang buka laptop/PC untuk layari laman web rasmi Unifi, jadi dengan ada nya aplikasi MyUnifi ini sangat memudahkan urusan pembayaran bil utiliti bulanan saya. Macam bil elektrik pun, saya bayar pakai aplikasi myTNB apps.

 

Step 1 – Download aplikasi ‘MyUnifi’ dari Play Store / Apps Store secara Percuma.

Step 2 – Jika anda pertama kali menggunakan aplikasi MyUnifi ni, anda perlu link kan dahulu akaun Unifi anda dengan aplikasi ini di bahagian ‘Link Account’ . Jika sudah link kan, anda akan terus dapat semak berapa baki bil bulanan Unifi anda.

Step 3– Klik pada butang ‘Pay Bill’ – Yang bar chart di atas tu adalah sejarah pembayaran anda, pastikan bayar setiap bulan yer. Kemudian, masukkan amaun bill yang anda perlu bayar dan tekan butang ‘Pay’.

Step 4 – Di bahagian TM Payment ni, anda boleh pilih option pembayaran melalui ‘Credit/Debit Card’ atau online banking “FPX” .Kemudian tekan butang ‘Next’.

Step 5 – Pilih bank untuk pembayaran anda, dan tekan butang ‘Next’. Terus buat pembayaran seperti biasa di online banking anda. Selesai.

 

Cara 2 – Pay unifi bill melalui bank-bank di Malaysia

Ada banyak bank-bank di Malaysia yang menawarkan pembayaran bil utiliti anda melalui online banking mereka. jadi, memang mudah untuk anda bayar bil Unifi anda melalui banking system mereka. CIMB, Maybank, RHB, Public Bank dan sebagai nya boleh buat pembayaran apa-apa bil anda.

Contoh saya ambil buat payment bill anda melalui Maybank. Ada 2 cara bila buat pembayaran di bank anda iaitu

  • Melalui terus di bahagian payee
  • Melalui JomPay ( biller code untuk TM unifi adalah 8888 )
Bayar Bil Unifi Melalui Maybank2U
Bayar Bil Unifi Melalui Maybank2U

 

Bayar Bil Unifi Melalui JomPay

 

 

Cara 3 – Bayar bil Unifi melalui e-wallet

Ini cara terbaharu yang saya apply bila buat pembayaran bil melalui e-Wallet. Saya tunjukkan salah cara e-wallet yang saya gunakan iaitu Touch n Go e-wallet.

Step 1 – Klik pada ikon ‘Bills’

Step 2 – Klik pada ikon ‘Unifi’ & masukkan akaun number Unifi anda

Step 3 – Anda perlu ada baki e-Wallet yang mencukupi untuk teruskan pembayaran bill Unifi anda.

 

Memang memudahkan urusan bila boleh buat bayaran bil-bil bulanan kita melalui online kerana is mudah, cepat, pantas serta di percayai. Selagi anda menggunakan aplikasi rasmi MyUnifi dari PlayStore / Apps Store, pembayaran anda akan selamat. Jangan install sebarang aplikasi yang di share di email , Whatsapp atau di transfer dari rakan-rakan anda secara bluetooth. Kadang ada promosi dari penyedia e-wallet yang memberi diskaun bila anda buat pembayaran melalui aplikasi mereka. Jadi, anda boleh jimat sikit lah bajet bulanan anda kan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.