3 Cara Bayar Bil Elektrik Online (TNB Bill)

0 3,744

Sekarang boleh bayar bil elektrik online (TNB Bill / Bil Api) dengan lebih mudah dan pantas serta di mana-mana sahaja. Dah banyak medium pembayaran online yang di tawarkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) samada melalui aplikasi MyTNB merekaa atau melalui perbankan online. Di sini saya kongsi kan 3 cara bayar elektrik online  khusus untuk pelanggan TNB yang selalu saya guna kan semasa settle kan bil bulanan rumah saya.

Untuk anda yang berada di Sabah, boleh tolong kongsikan cara bayar bil elektrik SESB anda. Jika tak silap saya, mereka ada sediakan apps / portal my SESB .

3 Cara Bayar Bil Elektrik Online (TNB Bill / Bil Api)

 

Cara 1 Bayar Bil Elektrik Online – Aplikasi MyTNB 

Ini cara paling mudah kerana anda boleh semak bil elektrik serta bayar terus melalui aplikasi rasmi dari TNB sendiri. Sila download aplikasi myTNB yang boleh di dapati secara PERCUMA melalui Play Store & Apps Store.

 

Cara bayar bil elektrik online melalui aplikasi MyTNB seperti di bawah :

  • Login ke aplikasi MyTNB di smartphone / tablet anda.
  • Klik ikon ‘ View My Bill ‘ > Semak ada outstanding bayaran atau bil semasa bulan tersebut.
  • Untuk buat bayaran, klik pada ikon ‘Pay My Bill ‘
  • Masukkan amaun pembayaran MYR anda > Klik ‘Pay Bill’
  • Di bahagian pembayaran, anda boleh pilih untuk membayar melalui akaun simpanan (FPX) atau kad kredit anda
  • Klik ‘Pay Now’ untuk teruskan pembayaran.
  • Selesai. Mudah lagi pantas.

Melalui aplikasi MyTNB ini, ada beberapa fungsi yang anda boleh guna kan seperti :

  1. Menambah akaun TNB untuk pihak ke-tiga. Contoh nya bil elektrik untuk rumah di kampung, bil di rumah sewa keluarga anda dan lain-lain lagi.
  2. Anda boleh lakukan ‘baca meter’ sendiri untuk dapatkan anggaran berapa bil bulanan terkini anda – Fungsi ini di wujudkan semasa PKP di sebabkan oleh tiada petugas TNB yang datang dari rumah ke rumah untuk membaca meter rumah anda atas risiko Covid.
  3. Boleh buat pertanyaan /aduan melalui aplikasi ini seperti pertanyaan berkaitan bil, pembayaran, update personal details, overvoltage claim dan sebagai nya.
  4. Anda boleh semak ‘Application Status’ untuk service yang anda mohon dari TNB.

 

Cara 2 Bayar Bil Elektrik Online – Perbankan Internet 

Anda boleh bayar bil elektrik online melalui CIMB Clicks , Maybank2U, RHB Now dan lain-lain lagi online banking di Malaysia.

  • Pembayaran melalui CIMB Clicks
    • Login ke akaun CIMB Clicks anda.
    • Klik pada ‘Pay & Transfer’ > Klik pada ‘Pay Bill’
    • Di bahagian ‘To’ anda boleh taip ‘Tenaga Nasional Berhad’ dan pilih option ini > Masukkan nombor akaun bil TNB anda.
    • Pilih pembayaran dari akaun simpanan / kad kredit
    • Masukkan amaun pembayaran MYR anda > Klik ‘Make Payment’ di butang bawah kanan
    • Follow step pembayaran sampai selesai.
  • bayar bil elektrik online melalui cimbclicks

 

 

Cara 3 Bayar Bil Elektrik Online – JomPay

Cara pembayaran melalui JomPay lebih kurang sama dengan pembayaran melalui perbankan internet. Cuma anda perlu pilih option ‘JomPay’ semasa membuat pembayaran. Jom saya tunjukkan contoh bayar melalui JomPay di Maybank2U pula

  • Login ke akaun Maybank2U anda.
  • Klik pada ‘Pay & Transfer’ > Klik pada ‘Pay’
  • Di bahagian ‘Pay To’ , pilih ‘JomPAY’ > Masuk kan TNB JomPAY code ‘5454’ di bahagian JomPay dan tekan Enter
  • Untuk Ref-1 , masukkan nombor akaun bil TNB anda. Ref-2 abaikan. Biarkan kosong. > Masukkan amaun pembayaran MYR anda.
  • Tick pada T&C option di bawah
  • Klik ‘Pay’ untuk teruskan pembayaran anda. Selesai.

bayar bil elektrik online tnb melalui jompay

Jadi, lebih mudah dah bayar bil elektrik online melalui 3 cara di atas. Jangan bimbang, semua proses ini selamat dan lebih cepat berbanding dengan anda perlu keluar dan beratur di pejabat pos untuk bayar bil. Di harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.