Rendahkan Ego Demi Sebuah Kejayaan

Tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu yang lari dari topik kewangan , cara ,tips dan sebagai nya. Saya memilih sesuatu topik yang saya pernah lalui dan belajar sesuatu dari nya .

EGO

Bukan nya jenama sebuah motor skuter yang comel Ego tu…hehehe ….tetapi ia lebih kepada sifat , rasa atau tingkah laku seseorang yang merasa kan apa yang dia buat adalah betul tanpa perlu kan pandangan / bimbingan dari orang lain (tolong betul kan jika pendapat saya ini salah .. 🙂 ) . Semua orang ada ego..saya ada ego..anda yang sedang baca ini pun ada ego tersendiri…dan ramai kata  yang lelaki lebih ego berbanding perempuan . Namun, dari pemerhatian saya ,taida banyak beza sekarang di zaman yang canggih nie ..

 

Masing-masing nak tunjukkan ego dan kehebatan masing-masing ..Itu normal lah untuk seorang manusia biasa .. sememangnya fitrah manusia .. cuma yang salah bila sifat ego tue terlalu tinggi ..tidak boleh menerima pandangan/tunjuk ajar orang lain .. Anda rasakan apa yang anda buat sudah sempurna dan tak perlukan tunjuk ajar pun..

 

Namun, mengikut pengalaman saya sepanjang bergaul dengan orang-orang yang berjaya dalam hidup..sama ada berjaya dengan kerjaya di sektor kerajaan / swasta mahupun yang bekerja sediri / berniaga, saya sering kali di ingatkan yang RENDAHKAN EGO UNTUK MEMBUKA JALAN KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR . Mungkin kita rasa apa yang kita ada sudah cukup , tetapi sebenar nya,anda layak untuk dapat lebih lagi dari apa yang anda ada sekarang..

Cara nya –>> Rendahkan Ego

 

Belajar lah dengan orang yang lebih berpengalaman dan yang lebih mengetahui selok belok sesuatu bidang .Mungkin kita apa yang kita tahu hanya sampai ” A-G ” ,tetapi kenalan anda tu sudah tempuhi liku-liku untuk sampai ke “A-N” .Dengan pengalaman mereka juga lah anda mampu untuk terus bergerak ke fasa “Z” .. Jadi, rendahkan ego anda , belajar lah dari yang lebih berilmu / berpengalaman .Jadi kan apa yang anda belajar itu sebagai “short cut” ke jalan kejayaan .

 

Ia lebih mudah ..Anda hanya perlu tiru dan sesuaikan dengan keupayaan diri anda , dan ambil tindakan secara konsisten. Belajar > Bertindak > Amal . Ini lah formula yang orang berjaya amalkan .  Orang yang gagal , akan terus gagal kerana tak ambil tindakan dan amalkan ilmu yang mereka dapat .

 

Ini yang terjadi kepada saya .. Ia menyedarkan saya yang bila rendahkan ego untuk belajar sesuatu , pasti kejayaan akan datang selepas itu  (dengan izin-Nya)

=============================

Saya menjalan perniagaan online secara part time . Jualan bulanan hanya anggaran 4 angka sahaja . Saya belajar sendiri cara pemasaran , cara close sales ,cara menulis di blog dan sebagai nya .. Hampir 6 bulan juga jualan tetap pada 4 digit tersebut tanpa menampakkan sebarang signal yang ia akan meningkat .

Saya pun terfikir, bagaimana nak move on ke 5 angka pulak ?

 

Saya buka encik Google , cari maklumat dari blog atau video panduan mat sales di You Tube ( nampak tak ego tak nak belajar dari yang dah berjaya di sekeliling saya .. ) ..Cuba buat dari maklumat yang saya kumpulkan ..tetapi selepas sebulan,masih tiada apa-apa yang positif. .. Pertumbuhan masih sama ..

 

Buntu …..

 

Tiba tiba terlintas dalam fikiran saya , apa kata tanya Abang Shahrul (tokey besar nie.. ),  –> saya dapat rasa nya ini ilham / pertolongan dari Allah SWT untuk menyedarkan saya supaya jangan ego..

 

Selang 1  minggu , selesai berjumpa abang shahrul ..beliau ajar beberapa tips dan cara yang mudahkan saya dalam promosikan barang secara online .. antara yang saya belajar adalah ….

  • Perbanyakkan channel menjual – jika sebelum ini saya fokus di Facebook sahaja , cuba luaskan promosi menerusi penulisan blog, forum , laman jualan seperti Lazada, 11 street dan lain-lain lagi . Jadi, lebih ramai yang akan nampak produk saya .
  • Tulis Ayat Iklan Cara Pro – saya di ajar bagaimana nak buat ayat iklan / menjual yang lebih baik dan dapat membawa pelanggan terus kepada saya tanpa banyak soal .
  • Jaga Allah – saya di sarankan menjemput rezeki dengan menjaga hubungan dengan Allah SWT . Solat awal waktu , berjemaah, bersedekah , bantu orang lain dan banyak lagi cara yang boleh kan kita lebih dekat dengan-Nya . Insha Allah , Allah akan jaga kita dan berikan apa yang kita impi kan

 

Saya balik dari perjumpaan ,..saya befikir .. dan saya capai buku nota saya untuk saya catatkan apa perancangan saya untuk 1 bulan akan datang dan apa matlamat saya .

Selesai 30 hari dari tarikh perjumpaan dengan Abang Shahrul ..

 

Jeng–jeng–jeng … Alhamdulillah .. Misi 5 angka tercapai buat pertama kali .. 🙂 Sonyum lebar ..hehe ..

 

Dari sini saya telah belajar switch mindset, yang saya perlu rendahkan ego saya untuk mencapai sesuatu yang saya impi kan .. Dengan izin-Nya , ia berhasil .

Saya harap , dengan apa yang berlaku ini , boleh memberikan anda semangat dan jalan untuk mencapai impian anda .Tak rugi pun bila kita rendahkan ego kita . Kenapa saya kata rendahkan ego bukan buang terus ego ?

 

Sebab , bukan mudah untuk buang ego .. Ia sifat dalaman dan ia akan kembali kepada anda jugak selepas itu . Jadi, lebih baik rendahkan ego anda sahaja .  Jika anda boleh buang jauh-jauh , itu sesuatu yang terbaik .

Saya doakan anda berjaya dan terus mengejar impian anda … 🙂

5 Comments

  1. Wan Zawawi March 26, 2017
    • MdAzlan March 28, 2017
  2. Khairul Zamri April 3, 2017
    • MdAzlan April 5, 2017
    • MdAzlan April 5, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge