Cara Mudah Whatsapp Tanpa Perlu Save No Telefon Terlebih Dahulu

Pada bulan March ini , arena peniaga online serta group -group berkaitan perniagaan online di Malaysia hangat memperkatakan cara mudah Whatsapp tanpa perlu save nombor telefon terlebih dahulu . Fungsi ini amat di tunggu-tunggu oleh peniaga online bagi memudahkan bakal pelanggan mereka untuk terus menghubungi / menghantar mesej Whatsapp terus ke telefon bimbit peniaga tersebut .

Sumber Gambar : AndroidPIT

Ini di kira situasi menang-menang antara kedua belah pihak . Senang untuk bakal pembeli, dan peniaga boleh respon lebih pantas . Sistem shortcut Whatsapp ini telah di bangunkan oleh Tuan SAIFUDDIN ILYAS yang menggunakan API sah dari Whatsapp.ย  Sistem ini tidak akan menyimpan nombor telefon anda / pelanggan di mana-mana server. Jadi,jangan bimbang akan privacy anda. Sistem ini di cipta hanya untuk redirect (menghantar terus ) ke Whatsapp .Itu sahaja . Tiada virus , tiada kod tersembunyi atau tidak melanggar privacy anda.

Berita baik buat anda , sistem ini anda boleh gunakan secara PERCUMA . Tanpa sebarang bayaran di kena kan . Ia adalah inisiatif untuk membantu usahawan di Malaysia oleh tuan SAIFUDDIN ILYAS .

Mari lihat Cara Mudah Whatsapp Tanpa Perlu Save No Telefon ini :-

  • Masuk ke Wasap.my
  • Baca panduan ringkas dalam website tersebut . Ada 2 versi penggunaan iaitu Versi 1 – Tak Perlu Daftarย  atau versi 2 – Lebih Power !
  • Selepas mendaftar , anda akan create satu link redirect ke Whatsapp anda . Pastikan anda ikut setiap langkah semasa pendaftaran di laman web wasap.my
  • Setelah berjaya , anda boleh terus menggunakan link tersebut di media sosial yang anda promosi kan barang anda seperti di Facebook, Instagram atau laman web /ย  blog anda.
  • Prospek anda hanya perlu klik pada link anda tersebut dan mesej mereka akan terus terpapar di Whatsapp anda.
  • Mudah kan ? Lagi ia nya Percuma sahaja.Anda bebas menggunakan link tersebut

Ini contoh penggunaan link wasap.my yang saya attach kan pada komen di page Facebook : Sifupowerbank

Nak Reply PM Prospek di Facebook Page Sepantas Kilat ? –> Lihat Bagaimana Ia Berfungsi ; KLIK SINI .

Jadi , anda hanya perlu tekan link yang bertanda arrow merah tersebut sahaja .Dan teruskan berwhatsapp bersama bakal pelanggan anda .

Kepada semua peniaga online di Malaysia,ambil kesempatan ini menggunakan servis percuma ini . Kebanyakkan feedback yang di terima, ia amat memudahkan kedua-dua belah pihak antara peniaga & bakal pelanggan .ย  Respon rate serta conversion rate juga meningkat dan lebih baik dari yang sebelum ini .

Jadi, terima kasih banyak kepada Tuan Saifuddin Ilyas yang telah membangunkan dan memberi akses penuh sistem ini kepada umum secara PERCUMA . Tahniah saya ucapkan atas usaha yang murni ini. ๐Ÿ™‚

Sila sebarkan Cara Mudah Whatsapp Tanpa Perlu Save No Telefon ini kepada kenalan anda dengan klik pada butang share di bawah . ๐Ÿ™‚

5 Comments

  1. Oja Samid March 26, 2017
    • MdAzlan March 28, 2017
    • MdAzlan April 5, 2017
  2. Cik Norizam April 27, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge