2 Cara Restart iPhone Paling Mudah Dan Cepat

0 635

Bagimana cara restart iphone ? Atau anda tak pernah restart iPhone anda ? hehe. Ada artikel yang mengatakan bahawa jika anda restart smartphone anda sekurang-kurang nya 1 kali dalam 1 @ 2 minggu ,ia boleh memanjangkan hayat smartphone anda dari segi sistem dan kesihatan bateri anda.

Jika anda menggunakan Android smartphone, memang mudah nak restart device anda kerana selepas anda tekan butang ON OFF, akan ada option untuk ‘Restart’, tetapi untuk iPhone, tiada option tersebut. Ada option untuk OFF sahaja kan. Jadi, bagaimana cara restart iphone anda pula ? Jom saya share kan cara nya di bawah.

 

2 Cara Restart iPhone Paling Mudah Dan Cepat

 

Cara Restart iPhone # 1 – Tekan Butang Fizikal di iPhone

  • Restart iPhone X,11,12,13 atau terbaharu.
    • Tekan serentak POWER BUTTON + VOLUME BUTTON sehingga power slider pop up di skrin iPhone anda.
    • Selepas itu, drag the slider untuk OFF kan iPhone anda.
    • Untuk ON semula iPhone anda, tekan butang POWER di sebelah kanan iPhone anda.
    • Selesai.

 

  • Restart iPhone 6,7,8 atau SE (2nd / 3rd generation )
    • Tekan POWER button & HOLD sehingga power slider pop up di skrin iPhone anda.
    • Selepas itu, drag the slider untuk OFF kan iPhone anda.
    • Untuk ON semula iPhone anda, tekan butang POWER di sebelah kanan iPhone anda.
    • Selesai.

Details restart iPhone dari Apple Support – https://support.apple.com/en-my/HT201559

 

Cara Restart iPhone # 2 – Seru SIRI .

Ini kaedah restart iPhone yang paling saya suka sebab paling mudah dan senang. Tak perlu tekan apa-apa butang fizikal di iPhone anda. Hanya perlu seru @ panggil Siri di iPhone anda, ia akan membantu anda untuk restart kan device anda. Option ini hanya ada pada SIRI sahaja, jadi jika anda jenis Off kan SIRI, sila turn ON terlebih dahulu ye.

Cara nya cukup simple

  1. Panggil / bercakap dengan Siri : ” Hey Siri ‘
  2. Bagi arahan anda kepada Siri : “Restart My iPhone ” . Apa-apa ayat lain pun boleh. Janji ada perkataan ‘Restart’ sebagai keyword kepada Siri anda.
  3. Siri akan pop up kan satu notification ” Just to confirm ,you want to restart this device ? ” . Ada 2 butang untuk pilihan iaitu ‘Cancel’ atau ‘Restart’
  4. Anda tekan butang ‘Restart’ . Siri akan restart kan iPhone anda. Senang & mudah tanpa perlu nak sentuh butang fizikal iPhone anda.

cara restart iphone 12

 

Anda boleh guna salah satu dari cara restart iPhone di atas. Banyak kebaikan bila anda restart device anda, senang cerita macam sembang kedai kopi, ada masa kita kene move on dari bebanan kehidupan lama kita. hahaha.. Kita start semula dengan mindset & cara hidup yang lebih bersih berbanding sebelum ini. Lagi pun, restart ni mudah je, tak susah. Saya sarankan anda restart device anda setidak-tidak nya sekali sebulan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.