2 Cara Check Kelajuan Internet Wifi TM Unifi

0 466

Biasa nya anda check kelajuan internet rumah atau telco anda bagaimana ? ke tak pernah check ? hehe. Saya tak lah selalu check, cuma lebih kurang 1 minggu sekali sahaja untuk memastikan saya mendapat liputan internet yang berbaloi untuk apa yang saya bayar pada syarikat penyedia internet. Rugi lah kan bayar mahal-mahal, tetapi dapat internet hanya 10-20% sahaja dari kelajuan asal.

Saya gunakan Unifi dari TM sebagai internet harian saya. Saya tengok rancangan TV pun pakai streaming internet , dah tak pakai Astro dah. Jadi, internet di rumah saya amat di perlukan dalam aktiviti seharian saya.Secara rutin nya, ini 2 cara bagaimana saya check kelajuan internet saya yer.

2 Cara Check Kelajuan Internet Melalui Website atau Apps Smartphone

 

Cara 1 – Gunakan lama web Unifi Speedtest ( website address : https://speedtest.tm.com.my/)

cara check kelajuan internet TM Unifi

Masa pasang Unifi sebelum ni, abang installer ajar saya yang untuk check boleh juga gunakan website di atas jika masa tu anda tiada smartophone di tangan anda (mungkin tengah cas) . Bergantung kepada penggunaan anda, boleh buat speed test TM unifi anda dengan menggunakan sambungan Wi-Fi (Wireless Connection) atau sambungan LAN ( Wired Connection).

Cara ini juga boleh di gunakan di smartphone atau laptop. Cuma klik ‘ Run Test ‘ , website ini akan menganalisis kelajuan internet anda. Pastikan results speed test anda tak terlalu jauh dari kelajuan langganan anda. Contoh nya dalam 10% dari kelajuan asal, bermakna kalau speed internet anda adalah 100mbps, pastikan results kelajuan internet anda dapat 90~100mbps juga. kebiasaan nya akan dapat ngam2 100mbps.

 

Cara 2 – Gunakan aplikasi “SpeedTest” – antara aplikasi yang popular dan biasa ramai guna di Malaysia adalah ‘Speedtest by Oakla’ & ‘FAST Speed Test’ .

Bagi saya, anda mesti tahu akan aplikasi ini. Setidak nya, pasti anda pernah cuba check kelajuan internet anda menggunakan mana-mana speed test apps di smartphone anda. cara guna aplikasi ini juga sangat mudah, hanya perlu buka apps tersebut dan tekan start untuk mulakan speed test anda.

 

Mudah sahaja kan? Simple saje cara bagaimana anda boleh check kelajuan internet anda kan, seperti yang saya perkatakan di atas, sila check kelajuan internet anda seberapa kerap yang boleh untuk memastikan anda membayar apa yang di tawarkan kepada anda. Jika internet speed anda slow / bermasalah, anda boleh terus ajukan / komplen terus ke TM dengan segera (rujuk post di bawah )

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.