2 Cara Check Baki Tunetalk Paling Senang
Anda pakai line Tunetalk ? Sebab kan ia prepaid, jadi kita perlu lah check baki kredit selalukan supaya boleh terus berhubung. Jadi, ini 2 cara check baki Tunetalk paling senang setakat ni. Saya adalah pengguna Tunetalk sebab pada saya, ia nya adalah salah satu prepaid yang memberikan pengguna nya pelbagai kelebihan berbanding dengan pakej telco yang lain. Sebelum ni saya pakai line postpaid, tetapi saya perlu bayar lebih hanya untuk internet yang saya jarang gunakan kerana saya gunakan WIFI di tempat kerja & di rumah. Jadi nya, prepaid adalah lebih sesuai untuk golongan seperti saya.
Artikel kali ini, saya nak tunjukkan cara bagaimana anda boleh semak baki kredit pada Tune Talk anda.
2 Cara Check Baki Tunetalk Prepaid Paling Mudah & Cepat
Cara check baki Tunetalk #1 – Terus dail *133# pada bahagian call smartphone anda. Ingat tak dulu-dulu, sebelum ada nya apps-apps dari telco (zaman-zaman Nokia 3310 -butang tekan-tekan) , kita perlu dail servis code untuk dapatkan info-info terkini berkaitan dengan akaun prepaid kita. Jadi, dengan Tune Talk ini juga, anda perlukan short code @ service code untuk dapatkan sesuatu info.
Antara yang best pakai service code ini adalah, ia tak perlukan sambungan internet pun kerana ia menggunakan line anda. Janji line anda tu aktif lagi, jika dah di terminate, tak boleh lah.
Antara service code yang anda boleh gunakan adalah seperti :
- *133# – Untuk semak baki kredit, transaksi terakhir akaun , tempoh sah akaun & Tune Talk Big Point anda .
- *134# – Untuk semak baki plan data , voice serta plan validity anda. Berapa lama yang anda boleh gunakan plan yang anda pilih sebelum anda perlu renew plan anda tu.
- *111# – Ini adalah main menu untuk semakan pada akaun anda. Ia merangkumi semua maklumat yang anda perlu kan untuk check status akaun anda seperti Account Info, data Plan, Service, Benefits dan lain-lain lagi. Hanya perlu ikut arahan / step pada code ini sahaja.
- Ada banyak lagi service code / keyword untuk langgan / stop apa-apa pakej dari akaun prepaid anda. Untuk lebih info, semak di FAQ laman rasmi Tunetalk di SINI .
Jadi, jika anda malas nak bukak data package internet anda, boleh gunakan cara
Cara check baki Tunetalk #2 – Guna kan apps TuneTalk yang anda boleh download dari Google Play Store atau Apple Apps Store. Berbanding dengan service code tadi, untuk apps ini, anda perlu menggunakan data package internet anda untuk check baki kredit tune talk anda.
Namun,pada saya, kebanyakan pengguna sekarang lebih banyak mengguna kan apps untuk semak baki TuneTalk mereka kan sebab semasa anda nak aktifkan data anda pada pertama kali, anda perlu aktifkan dari apps ini. Pendaftaran akaun juga di lakukan di aplikasi tersebut.
Jadi, ini lah 2 cara check baki Tunetalk yang paling mudah dan selalu di gunakan oleh kebanyakkan pengguna Tune Talk. So far, saya amat berpuas hati dengan prepaid ni sebab ia menggunakan line Celcom, jadi liputan nya lebih meluas berbanding telco lain lebih-lebih lagi bila anda berada di kawasan pekan atau luar bandar. Ini lebih penting berbanding, bayar mahal-mahal, tapi boleh guna di bandar sahaja, bila balik kampung, habis..