2 Cara Beli / Mohon Saham IPO Malaysia Secara Online
Jom rebut peluang mohon saham IPO Malaysia kerana ada peruntukan yang di sedia kan khas untuk kaum bumiputera sahaja . Tak ramai dari kita yang tahu serta berminat untuk menceburi bidang saham terutama nya saham IPO. Tahu kah anda, pihak kerajaan Malaysia ada menyediakan peruntukan unit saham yang khas & hanya boleh di pohon oleh kaum bumiputera sahaja. Golongan bukan bumiputera terpaksa tunggu untuk peruntukan awam di tawarkan selepas peruntukan bumiputera sudah tamat tempoh di mohon.
Sebelum tu, tahu kah anda, apa itu IPO ?
IPO bermaksud Initial Public Offering. Ia adalah tawaran untuk anda memiliki saham permulaan sesebuah syarikat sebelum saham syarikat tersebut di senaraikan & di dagangkan di Bursa Malaysia. Secara ringkas nya, melalui IPO ini, anda sudah boleh beli unit saham syarikat tersebut sebelum ia boleh di jual/beli dalam pasaran saham biasa. Kebiasaanya, harga saham IPO di tawarkan lebih rendah berbanding harga pada hari pertama penyenaraian di pasaran saham & anda akan terus mendapat keuntungan pada penyenaraian hari pertama lagi.
Dari segi risiko, saham IPO adalah berisiko rendah. Walaupun begitu, tiada jaminan yang anda confirm akan dapat unit IPO yang anda mohon, tetapi unit saham IPO tersebut akan di agih kan melalui sistem balloting (undian) . Semua pemohon ada peluang mendapat unit saham IPO tanpa mengira berapa modal yang anda keluarkan. Walaupun modal serendah RM500 sekali pun, anda masih ada berpeluang. Ada rezeki, insyallah, anda akan dapat.
2 Cara Beli / Mohon Saham IPO Malaysia ( MITI / Maybank / CIMB ) Secara Online
Anda masih tak percaya yang main IPO lebih untung ? Jom saya tunjukan bukti untuk IPO yang telah di senaraikan. Dengan IPO, anda boleh berpeluang tinggi untuk dapat keuntungan pada hari pertama saham tersebut di senaraikan untuk dagangan
Saya ambil contoh saham syarikat TV Vision Holding Berhad (TTVHB) – baru sahaja di senaraikan pada bulan Januari 2023
- Syarikat : TT Vision Holdings Bhd ( TTVHB )
- Tarikh di senarai di Bursa Malaysia : 18-Jan-2023
- Harga Tawaran Permualaan / unit : RM0.34
- Harga penutup pada hari pertama penyenaraian di Bursa Malaysia / unit = RM1.28
- Hari pertama keuntungan, % : 276.47 %
Sumber info harga : theedgemarket.com -> https://www.theedgemarkets.com/node/652194
Padi hari ini (21/Feb/2023) , harga untuk 1 unit saham TTVHB masih kekal bertahan pada harga di atas RM1.20 seunit. Jadi, keuntungan anda masih kekal tinggi sekitar 200% dari harga tawaran asal. Nahh.. di sini anda sudah nampak kan kenapa ramai yang berebut-rebut apply IPO ini bukan ? % keuntungan yang menjadi alasan utama kenapa anda perlu mohon IPO apabila ada tawaran di buka.
Jadi, bagaimana untuk anda apply saham IPO ni ? Nak juga cuba memohon kan.
Senang sahaja nak mohon, jom saya tunjukkan cara nya di bawah:
Cara 1 – Mohon Saham IPO melalui bank ( Terbuka kepada semua kaum di Malaysia – Public )
Saya ambil contoh apply IPO melalui Maybank. Antara bank lain yang anda boleh beli IPO adalah CIMB Bank. Cara nya lebih kurang sama. Bergantung kepada anda nak apply di bank yang mana.
- Login ke akaun Maybank anda.
- Klik pada Tab “Apply ” kemudian “Investment”
- Klik pada bahagian “eIPO” > Apply Now (Jika pihak bank ada tawaran IPO yang masih aktif & belum tamat tempoh, anda akan terus di bawa ke page permohonan IPO , jika tiada IPO di tawarkan pada masa tersebut, website akan keluarkan error ” There are currently NO IPO listing for internet share application” .
- Untuk melihat IPO apa yang bakal di tawarkan, anda boleh semak di portal IPO Bursa Malaysia .
- Cara nak mohon IPO sangat mudah. Paling penting anda perlu ada duit yang mencukupi dalam akaun simpanan anda serta no. akaun CDS anda (12 digit)
- Saya ambil contoh IPO dari Oppstar (Tarikh tutup : 3/Mar/2023) . Isi semua tempat kosong di bahagian ‘account details’ . Di bahagian share issue & number of unit, masukkan jumlah unit yang anda nak mohon & ikut kesediaan modal anda.
Katakan saya ada modal /bajet sebanyak RM2600 untuk IPO Oppstar .Harga untuk 1 unit saham IPO Oppstar di tawarkan pada harga RM0.63. Jadi, dengan modal Rm2600, saya boleh beli sebanyak 4100 unit dengan jumlah modal di perlukan RM2583.
Selepas anda dah semka semua info dalam page tersebut, sila klik butang ‘Submit’ dan ‘Confirm’ di page yang seterus nya.
- Kelebihan apply IPO melalui bank : Lebih mudah & cepat. Anda perlu pastikan ada duit yang mencukupi dalam akaun bank sebelum memohon & akaun CDS yang aktif.
- Kekurangan apply IPO melalui bank : Ia nya terbuka kepada semua kaum di Malaysia.Jadi persaingan lebih tinggi & peluang untuk dapat 50-50. Ada rezeki, anda akan dapat. Tak semestinya anda apply, confirm dapat. Ia bergantung kepada keputusan cabutan/undian dari pihak bank sendiri.
Bila anda akan dapat tahu permohonan IPO anda berjaya atau tidak ?
Kebiasaan nya, keputusan permohonan IPO melalui bank boleh di semak dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan. Atau anda boleh semak dalam tempoh 1 minggu selepas memohon.
Jika tak berjaya , duit akan terus ‘burn’ atau dapat balik ?
Jangan bimbang, jika anda tak berjaya dalam permohonan anda, duit anda akan di pulangkan semula (refund) ke akaun bank anda. Anda akan di kenakan cas sebanyak RM1 sahaja untuk satu permohonan anda. Ada juga kes yang anda berjaya dapat separuh sahaja dari nilai yang anda mohon, jadi, baki yang tak berjaya juga akan di refund ke akaun bank anda.
Jika permohonan anda berjaya ( Tahniah ! ) , unit saham anda yang berjaya tersebut akan di masukkan dalam akaun brokerage saham anda (pasti kan nombor akaun CDS anda tepat) dan boleh di semak pada hari penyenaraian kelak.
Cara semak status permohonan IPO di Maybank.
Login ke akaun Maybank anda > Klik tag ‘Apply’ > ‘Investment’ > Klik pada ikon ‘ View IPO status’ > Semak status permohanan anda di page ‘Application For View IPO Status’ .
- Pending : Permohanan baharu.
- Auto reversed : Permohonan tidak berjaya , duit sudah di refund ke akaun bank.
Cara 2 – Mohon Saham IPO melalui MITI ( Terhad kepada kaum Bumiputera sahaja )
Untuk permohonan melalui MITI ( Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri ) , peruntukan saham adalah khas untuk Bumiputera sahaja. Jadi, anda ada peluang untuk dapatkan saham tersbut, namun tetap tiada jaminan anda akan 100% dapat saham IPO yang anda mohon. Anda masih perlu bersaing serta perlu tunggu undian yang di buat oleh pihak MITI.
Semasa artikel ini di tulis, MITI ada menawarkan 2 saham untuk di mohon.
Untuk mohon unit IPO anda melalui MITI, anda klik pada butang ‘Mohon’ di saham yang anda beminat. Kita ambil contoh saham DXN ini. Harga yang di tawarkan adalah RM1.00 seunit.
Yang menarik nya apabila anda apply IPO melalui MITI adalah, anda tak perlu bayar dahulu total modal yang anda mohon, tetapi jika berjaya nanti, baru anda perlu bayar kepada MITI. Cuma anda kena pastikan, anda ada modal/duit mengikut nilai yang anda mohon. Jika anda mohon & berjaya, tetapi anda tidak bayar mengikut tawaran yang di berikan oleh MITI, anda akan di kena kan penalti selama 6 bulan (Tidak boleh memohon sebarang saham melalui MITI sehingga tamat tempoh penalti tersebut) kerana anda sudah menyekat peluang pada orang lain yang lebih serius berminat dengan IPO MITI ini.
- Masukkan modal yang anda ada / sudah sediakan untuk permohonan. Jangan guna modal ini sehingga keputusan permohonan di keluarkan oleh MITI. Masukkan juga jumlah unit yang anda nak mohon. Katakan anda ada modal RM3000, jadi anda boleh masukkan Jumlah Mohon (unit) sebanyak 3000 unit. 1 unit = RM1.
- Bila anda mohon melalui MITI, anda perlu sediakan dokumen-dokumen di bawah & upload semasa permohonan. Pihak MITI mahu memastikan yang anda ada modal yang mencukupi semasa memohon. Antara dokumen yang anda perlu upload setiap kali anda mohon saham IPO melalui MITI adalah :
-
- Salinan penyata bank 3 BULAN TERKINI atau,
- Salinan penyata pegangan ASB/ASN/ASD/ASW 6 bulan TERKINI atau,
- Salinan penyata Tabung Haji TERKINI atau,
- Salinan penyata Deposit Tetap TERKINI atau,
- Pembiayaan Kewangan yang belum tamat tempoh atau,
- Penyata simpanan di Koperasi
- Salinan Penyata akaun CDS TERKINI (Wajib)
Setelah semua maklumat serta dokumen telah di isi & di upload, anda boleh tekan butang ‘Hantar’ untuk mengesahkan permohonan anda.
Untuk semak status permohonan IPO MITI anda, klik pada ‘MySaham’ di bahagian /page Dashboard anda sama ada lulus, gagal atau dalam proses.
Jadi, ini lah cara bagaimana anda boleh memohon saham IPO anda. Namun, anda perlu setkan dalam minda anda, tiada kepastian anda akan untuk 100% dari IPO, tetapi dalam kebanyakkan tawaran sebelum ini, ada keuntungan mengikut sektor serta kekuatan prospektus syarikat tersebut. Anda di galakkan untuk membaca / study prospektus syarikat tersebut sebelum memohon saham mereka.
Anda juga boleh belajar trade IPO melalui kelas-kelas , panduan, group-group trader IPO di Facebook atau Telegram dan sebagai nya. Tak ramai dari kaum Bimiputera yang celik bab saham ni. Jadi, ambil lah peluang dalam bidang saham ini okay. Semoga anda berjaya dan menjana banyak keuntungan dalam saham.