14 Tempat Wajib Pakai Face Mask
Ini 14 tempat wajib pakai face mask mulai 1 Ogos 2020 atau anda bakal di kena kan tindakan denda sebanyak RM1000 jika gagal memakai pelitup separuh muka di tempat-tempat yang telah di sebut di bawah.
Ini adalah bagi membantu untuk memutuskan rantaian virus Covid 19 serta untuk menjamin keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling dari di jangkiti virus Covid-19 . Jadi, sila ambil serius dengan 14 tempat wajib pakai face mask ini demi kebaikan bersama.
14 Tempat Wajib Pakai Face Mask Mulai 1 Ogos 2020
- Masjid & Surau
- Rumah Ibadat Bukan Islam
- Majlis Sosial seperti majlis keraian, majlis perkahwinan, dan sebarang majlis yang melibatkan kehadiran ramai tetamu dalam satu-satu masa.
- Semasa menggunakan pengangkutan awam seperti bas, MRT, LRT, Monorail, Komuter, Grab , Van Pekerja.Teksi dan lain-lain berkaitan dengan kenderaan yang di gunakan untuk ramai orang .
- Semasa mengujungi Zoo yang mana, ramai keluarga akan meluangkan masa untuk ke Zoo membawa anak-anak mereka.
- Van/ Bas Sekolah juga amat penting untuk mengingatkan anak-anak kita yang bersekolah untuk sentiasa pakai mask di dalam van / bas sekolah.
- Sukan / rekriasi
- Apabila anda mengujungi premis kesihatan seperti klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan / datang temujanji rawatan susulan.
- Pasar-pasar tani / awam di mana, akan ramai yang datang untuk membeli barang makanan / keperluan harian di sini.Anda juga di wajibkan untuk kekal kan jarak 1 meter di antara satu dengan yang lain.
- Pawagam atau acara lansung (Live Event) seperti konsert, petandingan nyayian atau mencari bakat lakonan dan sebagainya.
- Peruncitan – termasuk untuk kedai runcit, kedai dobi /dobi layan diri, restoran , pasaraya, bengkel membaiki kenderaan , stesen minyak, pusat membeli belah dan sebagainya.
- Kedai gunting rambut / salon-salon kecantikan
- Pusat Spa, kencatikan atau refleksologi
- Apabila berada di pusat hiburan keluarga seperti pusat-pusat karaoke.
Jadi, pastikan anda pakai facemask di 14 tempat wajib pakai face mask ini okay. Jangan tak pakai walaupun ada masa kita tak selesa, tetapi fikirkan kita guna pelitup separuh muka tersebut untuk kebaikan kita bersama juga. Kita pasti dah tak sanggup untuk menempuhi lagi satu fasa PKP yang mana pergerakkan kita sangat terbatas waktu tersebut.
Manfaatkan kelongkaran semasa PKPP ini dengan membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memakai pelitup separuh muka di 14 tempat wajib pakai face mask ini. #kitajagakita