fbpx

10 Filem Malaysia Dengan Kutipan Jualan Tiket Tertinggi 2015

4 4

Industri perfileman di Malaysia tidak kurang rancaknya pada tahu 2015 ini. Banyak pengeluar filem bertungkus lumus menghasilkan filem yang terbaik untuk tontonan rakyat Malaysia .Pelbagai genre di ketengahkan khusus untuk memenuhi selera penonton-penonton kita. Bagi kita rakyat Malaysia nie , pastikan korang sentiasa menyokong filem-filem buatan dari hasil kreativiti anak -anak tempatan ini.

Bagi saya, tahun 2015 ini mencatat satu sejarah besar apabila filem Polis Evo berjaya mencapai status Box Office apabila berjaya merubah senario perfileman negara dengan menjadi filem pertama yang menjana kutipan jualan tiket tertinggi iaitu sebanyak RM17.47 Juta ( lebih tepat : RM17,470,603.00). Wowwww !!! Memang tabik banyak-banyak pada produksi dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak dalam pembikinan filem Polis Evo ini. Gempak beb !!  😎 ..Ada orang siap bagi 20 bintang 🙂 ..Memang terbaik..

Polis Evo Jualan Tiket Tertinggi 2015

Tetapi, filem-filem yang lain tidak kurang hebat nya apabila berjaya mencatat jualan tiket tayangan lebih dari RM1 Juta. Ini menunjukkan, filem hasil anak jati Malaysia masih di terima dengan baik di saat ini. Ini juga menjadi salah satu pendorong untuk pengeluar-pengeluar filem menghasilkan filem yang box office di masa akan datang. Jom lihat, 10 filem terbaik dari segi jualan tiket untuk tahun 2015 ini.

10 Filem Malaysia Dengan Kutipan Jualan Tiket Tertinggi 2015

Bil Tarikh Mula Tayangan Judul Filem Pengeluar Genre Bil.Paw Bil.Hari Tyg Jualan Tiket (RM)
1  17/Sept/2015 POLIS EVO Astro Shaw Sdn.Bhd AKSI, KOMEDI, JENAYAH  44  60  17,470,603
2  19/Feb/2015 MY PAPA RICH (Mandarin) Film Kingdom Group Sdn Bhd KOMEDI 69 22  3,025,250.9
3  22/Jan/2015 SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 Astro Shaw Sdn.Bhd KOMEDI/DRAMA/KELUARGA  53 33  2,986,091.2
4  15/Jan/2015 VILLA NABILLA Skop Production Sdn Bhd / Viper Studio Sdn.Bhd SERAM  84 28  2,808,626.9
5  12/Mar/2015 CICAKMAN 3 KRU Studio Sdn.Bhd AKSI / KOMEDI 69 28  2,555,967.82
6  30/Apr/2015 PILOT CAFE Astro Shaw Sdn.Bhd DRAMA / CINTA 81 19  1,687,650.01
7  24/Sept/2015 JWANITA Nuansa Sdn.Bhd SERAM 59 21  1,449,601.42
8  29/Okt/2015 JUVANA 2-TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN Filmscape Sdn.Bhd AKSI 62 21  1,254,716.49
9  9/Apr/2015 HANTU BUNGKUS IKAT TEPI MIG Pictures Sdn.Bhd SERAM / KOMEDI 39 21  996,378.98
10  12/Feb/2015 GUDANG KUBUR Mangkin Prestige Sdn.Bhd  SERAM 46 28  862,074.34

Sumber Fakta jadual : Finas Malaysia .

Untuk tahun 2016 pasti akan menjanjikan filem-filem yang terbaik seperti Polis Evo. Sama-sama kita tunggu. Untuk anda yang kaki wayang tue, terima kasih kerana sentiasa menyokong filem-filem tempatan. Manakala korang yang jarang ke pawagam tue,tolong jangan beli DVD cetak rompak. Tolong !!! Hargai lah segala titik peluh mereka dengan membeli DVD yang original sahaja atau langgani filem kegemaran anda melaui Astro First.

Persoalan nyas sekarang , filem apakah yang dapat mengatasi Polis Evo pada tahun 2016 nanti?? Bolehkah ia mejadi filem yang mendapat kutipan jualan tiket tertinggi untuk tahun 2016 pula?  Sama-sama kita tunggu dan lihat.:-)

4 Comments
  1. onlajer says

    fuhh 17 juta banyak pulak yang tonton filem polis evo ini

    1. MdAzlan says

      terbaik filem nie..rezeki.. :-)..Kayo Zizan & Shahiezy Sam..

  2. akubiomed says

    Kutipan filem Polis Evo memang luar biasa.

    1. MdAzlan says

      Mmg rekod terbaik..Cerita pun boleh tahan..mungkin rakyat Malaysia dahagakan filem aksi yang mcm ni..:-) ..Dah lama tunggu..sebelum ni layah cerita jiwang jer..

Leave A Reply

Your email address will not be published.